window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat!

Khairil ยท May 15, 2021 10:00 AM

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 01

Selepas Aprilia mengemaskini beberapa model hangat dalam segmen lebih berkuasanya iaitu 1100 dan 660, syarikat dari Itali itu tampil memperkenalkan Aprilia RS 125 dan Tuono 125 versi 2021 di pasaran Eropah.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Seperti 'abang-abangnya', kedua-dua jentera aras mula Aprilia RS 125 dan Tuono 125 versi 2021 ini diberi kemaskini dari sudut reka bentuk dan peningkatan kuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 01

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 02

Secara asasnya, kedua-dua model ini boleh dianggap sebagai 'kembar' dengan masing-masing menggunakan kerangka dan ayun lengan aluminium yang sama termasuk dari sudut trenkuasa.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 03

Sebagai info, perbezaan diantara kedua-duanya adalah dari sudut reka bentuk dan aerodinamik yang menyaksikan Tuono lebih kepada model 'Street fighter' atau 'Naked' meskipun mempunyai fairing penuh manakala RS 125 lebih kepada 'Sportbike'.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Berbalik kepada sudut trenkuasa, kedua-dua model ini menggunakan enjin baharu yang lebih berkuasa bersesaran 125 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair DOHC dan patuh piawaian Emisi Euro 5.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 04

Ia juga dipadankan dengan sistem ECU terbaharu Aprilia iaitu Marelli MIUG4. Turut diperbaharui ialah rekaan ekzos yang kini dikatakan lebih cekap. Transmisi pula menggunakan kotak gear 6 kelajuan bersama dengan teknologi quickshifter.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 05

Kuasa yang dihasilkan kedua-dua jentera ini adalah sama iaitu 14.75 Hp pada 10,000 rpm dengan tork sekitar 12 Nm. Aprilia mendakwa, penggunaan ekzos dan ECU baharu itu membantu motosikal ini memperoleh lebih tork di rpm rendah.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 06

Ciri-ciri menarik lain adalah ia menggunakan fork depan jenis terbalik (USD) dan suspensi monoshock dengan lengan ayun asimetrik dan ia turut dilengkapi sistem brek 'terbaik dalam kelasnya' menerusi menerusi penggunaan brek cekera bersaiz 300 mm di bahagian depan bersama sistem ABS dua saluran hasil kerjasama dengan Bosch.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 07

Seperti motosikal moden lain, panel instrumen juga kini menggunakan LCD digital yang boleh disambungkan ke platform multimedia Aprilia MIA melalui sambungan Bluetooth.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 08

Lain-lain maklumat bagi motosikal ini adalah tangki bahan api dengan kapasiti 14.5 liter dengan sistem lampu yang menggunakan LED penuh.

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 09

Untuk model RS 125 2021, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Aprilia Black dan GP Replica dengan harga masing-masing £ 4,600 (RM 26,817) dan £ 4,700 (RM 27,396).

Aprilia kemaskini RS 125 dan Tuono 125 2021 di Eropah, rekaan lebih menarik, kuasa dipertingkat! 10

Aprilia Tuono 125 2021 pula datang dengan tiga pilihan warna iaitu Lightning White, Arrow Grey dan Aprilia Black dengan harga £ 4,500 (RM 26,234). Ketika ini, tiada sebarang maklumat sama ada model ini akan dibawa ke pasaran tempatan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda