window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa hukuman pemandu mabuk bawah pindaan akta terbaru? 9 pesalah pertama dah kena.

Mersita · Oct 27, 2020 04:00 PM

Apa hukuman pemandu mabuk bawah pindaan akta terbaru? 9 pesalah pertama dah kena. 01

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk YB Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 bakal dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 menyaksikan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.

Apa hukuman pemandu mabuk bawah pindaan akta terbaru? 9 pesalah pertama dah kena. 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak pindaan akta ini berkuatkuasa, Utusan melaporkan yang 9 pesalah pertama yang didakwa dengan akta terbaru ini sudahpun dicekup di pelbagai lokasi sekitar Johor Bahru. Pesalah-pesalah yang berusia antara 25 – 56 tahun itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didapati memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Sebahagian besar dari yang didakwa mengaku bersalah. Menurut pindaan yang sudah dikuatkuasakan, hukuman lebih berat iaitu penjara selama 5 hingga 10 tahun DAN denda RM 20,000 hingga RM 50,000 akan dikenakan bagi kesalahan yang menyebabkan kematian dibawah Seksyen 41 – memandu secara melulu atau membahayakan.

Apa hukuman pemandu mabuk bawah pindaan akta terbaru? 9 pesalah pertama dah kena. 01

Pindaan Seksyen 44 pula terbahagi kepada dua kategori – kes menyebabkan kecederaan dan kes menyebabkan kematian. Jika didapati bersalah dan menyebabkan kematian dibawah Seksyen 44, pesalah akan dipenjara 10 hingga 15 tahun dan juga didenda antara RM 50,000 dan RM 100,000 dan hilang kelayakan lesen 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Kesalahan kedua dan seterusnya pula akan membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda RM 100,000 – RM 150,000 dan hilang kelayakan lesen selama 20 tahun.

Apa hukuman pemandu mabuk bawah pindaan akta terbaru? 9 pesalah pertama dah kena. 02

Sumber

Pihak berkuasa Johor jelas pantas dalam usaha penguatkuasaan ini. Yang pastinya, diharap pemandu seluruh Malaysia mengambil perkara ini sebagai pengajaran dan peringatan yang pindaan terbaru ini akan memberi akibat yang lebih berat dari sebelumnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda