Adakah ini rupa sebenar Mercedes-Benz C-Class W206 2021?
Zamil Syaheer · Nov 12, 2020 02:00 PM
0
0
Berdasarkan imej ‘spyshot’Mercedes-Benz C-Class W206, kami di WapCar telah mengambil sedikit masa untuk membuka camo secara digital. Mengikut garisan dan lekukan badan serapat original, imej lakaran C-Class ini nampak sebijik macam adik Mercedes-Benz S-Class.
Tapi ini bukan perkara yang menghairankan, kerana sekian lamanya Mercedes-Benz memang dah biasa mengadaptasikan tema reka bentuk dari segmen yang lebih besar untuk yang lebih kecil.
Setelah sekian lamanya dengan Mercedes-Benz C-Class W205 2014, tahun 2021 bakal menyaksikan pelancaran C-Class W206.
Mercedes-Benz C-Class 2021 ini disamarkan dengan begitu baik. Pita merah di belakang kereta membuatkan lampu belakang nampak seperti model semasa. Imej lakaran kami pula dilengkapi dengna lampu belakang melintang yang sama seperti S-Class dan CLA.
Gril depan dijangkakan akan datang dengan rupa seakan berlian, manakala lampu depan pula akan nampak lebih tajam dan nipis. Kami masukkan roda AMG dan membuat garisan badan tampak lebih menonjol.
Apa pendapat korang tentang Mercedes-Benz C-Class W206?
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.