window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7?

Faisal · Dec 18, 2024 12:36 PM

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 01

Walaupun kenderaan elektrik bateri (BEV) model pertama yang diperkenalkan di bawah Proton e.Mas, hibrid plug-in (PHEV) tidak diketepikan sama sekali. Untuk makluman anda, bapa syarikat Proton, Geely mempunyai calon yang boleh menjadi model seterusnya selepas e.Mas 7.

Mula dipertonton pada bulan lepas, Geely kini telahpun lancar PHEV Geely Galaxy Starship 7 di China. Ia ditawarkan dalam 5 varian dengan harga di antara CNY 99,800 ke CNY 132,800 (~RM 61k - RM 81k).

Juga bacaBakal menjadi hibrid plug-in pertama Proton? Geely Galaxy Starship 7 dilancarkan di China dengan jarak pandu 1,430 km!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 01

Kalau anda nak tahu, kedua-dua SUV dibangunkan berasaskan platform Geely Modular Architecture (GMA) yang menyokong trenkuasa elektrik, hibrid, penambah jarak pandu dan metanol hijau.

Menariknya, SUV PHEV ini menggunakan pembuka pintu jenis konvensional berbanding jenis boleh tersimpan seperti e.Mas 7. Satu lagi perbezaan ialah plat nombor belakang terletak pada pintu but belakang, bukannya pada bampar.

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 02

Apa yang menguasai Galaxy Starship 7 ialah trenkuasa Nordhor EM-i generasi kedua yang menggabungkan enjin 1.5L NA (110 PS/136 Nm) dan motor elektrik 215 PS/262 Nm. Nadi PHEV ini dipadankan dengan transmisi e:DHT dan menggunakan sistem pengurusan tenaga dari AI.

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 03

Terdapat dua pilihan pek bateri LFP – 8.05 kWh (55 km) dan 19.09 kWh (120 km, kitaran CLTC). Untuk satu tangki petrol penuh dan caj bateri penuh, Galaxy Starship 7 didakwa boleh pergi sehingga 1,420 km.

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 04

Masuk ke bahagian, reka bentuk kabin model ini lebih kurang sama dengan E.Mas 7. Terdapat sistem kokpit pintar Flyme Auto yang merangkumi W-HUD 13.8", kluster instrumen 10.2" LCD dan infotainmen 14.6".

Antara ciri lain yang ada ialah pengecas tanpa wayar, audio Flyme Sound 16-pembesar suara, fungsi urut tempat duduk dengan 14-titik dan mod pemanas/penyejuk pintar yang melaras secara automatik mengikut suhu tempat duduk dan suhu kabin.

Dari segi keselamatan, Galaxy Starship 7 juga hadir dengan ADAS Tahap 2 yang lengkap dengan bantuan bantu dalam lorong secara kecemasan, kawalan pelayaran pintar dan bantuan kesesakan trafik.

Adakah Geely Galaxy Starship 7 PETUNJUK buat versi PHEV bagi Proton e.Mas 7? 05

Apa-apapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa Galaxy Starship 7 akan menjadi model kedua Proton e.Mas kerana PHEV tidak diberi insentif bebas cukai yang sama seperti BEV. Bagi anda yang belum tahu, Proton e.Mas 7 diimport (CBU) dari China dan ditawarkan dalam varian berikut:

  • e.Mas 7 Prime – RM 109,800 (harga pelancaran istimewa: RM 105,800)
  • e.Mas 7 Premium – RM 123,800 (harga pelancaran istimewa: RM 119,800)

Juga baca: BEV Proton e.MAS 7 2025 dilancarkan di Malaysia - dari RM 110k, 2 varian, WLTP cecah 410 km

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton e.Mas 7 Prime

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia