Toyota Hilux facelift 2020 terbaru dilancarkan di Thailand dengan 5 varian. Varian tersebut adalah Toyota Hilux Revo B-Cab, Toyota Hilux Revo Z-Edition, Toyota Hilux Revo Prerunner, Toyota Hilux Revo Rocco dan Revo 4WD. Model Revo Rocco dan Revo 4WD adalah model yang popular di Thailand.
Bukan sekadar berwajah baru, Toyota Hilux 2020 ini turut menerima upgrade pada enjin 2.8 liter turbo diesel. Enjin tersebut kini menjana 204 Ps kuasa kuda dan 500 Nm tork. Perbezaan tersebut adalah sebanyak 27 Ps kuasa kuda dan 50 Nm tork berbanding model sebelum ini.
Tiada perubahan bagi enjin 2.4 liter turbo diesel yang dilaporkan. Namun begitu, Toyota menyatakan bahawa enjin tersebut akan memberikan lebih penjimatan minyak berbanding model sebelumnya.
Bagi model facelift ini, sudah tentu tumpuan diberikan lebih kepada rekaan luaran dan dalaman. Oleh itu, model paling popular iaitu Hilux Revo Rocco menerima lebih banyak rekaan semula. Antaranya, rekaan gril depan yang lebih menarik dengan bumper bawah berwarna perak dan sedikit perincian berwarna perak pada bahagian atas.
Selain itu, model Revo Rocco turut menerima sports bar berwarna hitam, tayar aloi 18 inci dengan tulisan kontras putih beserta dekal Rocco di bahagian belakang.
Varian lain juga menerima rekaan yang sama seperti Hilux Revo Rocco tetapi tampak kurang agresif. Hal ini kerana varian lain disasarkan kepada golongan yang lebih mementingkan fungsi berbanding rupa paras.
Model Toyota Hilux facelift 2020 juga menerima sistem infotainment baharu dengan fungsi Apple Airplay. Perbezaan pada sistem infotainment yang terdapat pada Toyota Hilux Revo B-Cab (model pengenalan) hanyalah kekurangan butang fizikal berbanding varian yang lebih atas.
Berdasarkan laporan Toyota, sistem suspensinya turut menerima talaan semula dengan peningkatan keselesaan. Walaupun keselesaan pemanduan bukanlah aspek utama dalam membuat keputusan membeli Hilux, peningkatan tersebut adalah dialu-alukan.
Paling penting, ciri keselamatan bertaraf dunia Toyota Safety Sense turut dipasang pada varian Revo Rocco. Antara fungsi yang boleh didapati adalah Pre-Collision System, Dynamic Radar Cruise Control dan Lane Departure Alert.
Kami belum mendapat mana-mana maklumat rasmi tentang ketibaan model facelift terbaru Toyota Hilux ini namun jangkaan kami trak pikap popular ini akan hadir ke Malaysia pada penghujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Perodua Alza 1.5 X
Upgrade
Add your car