Malaysia akhirnya lancar Proton S70 2023 - dari RM 73k, pencabar sedan segmen B & C sekaligus!

Setelah sekian lama menanti, Proton S70 akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia. Pewaris Proton Preve yang dipasang di kilang Tanjung Malim (CKD) ini ditawarkan melalui empat varian pada harga seperti berikut:

  • 1.5 Executive - RM 73,800
  • 1.5 Premium - RM 79,800
  • 1.5 Flagship - RM 89,800
  • 1.5 Flagship X - RM 94,800

Secara amnya, semua varian menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder MPI sama yang digunapakai oleh Proton X50 selain varian Flagship. Ia menghasilkan 150 PS/226 Nm dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan. Mod memandunya terdiri daripada Eco, Comfort dan Sport.

Dari segi arkitektur, Proton S70 menggunakan platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang turut menjadi asas kepada Proton X50. Buat anda yang ingin tahu, suspensi belakang pada sedan ini kekal menggunakan jenis torsion beam sama yang ada pada model penderma iaitu Geely Emgrand.

Berkenaan kelengkapan pada bahagian luar, semua varian datang dengan brek belakang jenis cakera dan brek parkir elektrik (EPB).

Namun apa yang membeza di antara varian adalah ciri yang didatangkan. Sebagai contoh, Proton S70 varian asas iaitu Executive menggunakan lampu hadapan jenis halogen (DRL LED) dan rim 16 inci.

Varian Premium dan kedua-dua Flagship pula dinaik taraf dengan lampu LED automatik dan nyalaan bar LED pada bahagian belakang. Unik untuk varian Flagship adalah penggunaan rim bersaiz 17 inci.

Masuk ke bahagian dalam, varian Executive hadir dengan tempat duduk fabrik, roda stereng uretana, kluster instrumen monokrom, infotainment 8 inci, 4 pembesar suara, 5 port USB dan corong penyaman udara belakang.

Varian Premium pula menambah tempat duduk jenis kulit dan penyaman udara automatik.

Naik kepada Proton S70 Flagship dan Flagship X pula adalah penambahan ciri seperti mod stereng (Normal, Comfort dan Sport), pelaras 6-hala jenis elektrik untuk tempat duduk pemandu, kluster digital 10.25 inci, infotainment 12.3 inci dengan arahan suara, pengecas tanpa wayar dan bacaan angin tayar (TPMS).

Juga bacaRamai berharap tetapi Proton S70 2023 tetap tiada Apple CarPlay/Android Auto - ini sebabnya

Dan yang membezakan varian Flagship dan Flagship X pula hanyalah bumbung suria.

Dari segi keselamatan, semua varian Proton X70 lengkap dengan 6 beg udara. Kedua-dua varian Flagship pula datang dengan ADAS Tahap 2, seperti dalam rangkuman di bawah:

ADAS Proton S70 2023
Varian Fungsi ADAS
Executive, Premium

Rear Collision Warning

Lane Change Assist

Rear Cross Traffic Alert

Door Opening Warning

Flagship, Flagship X

Menambah:

Autonomous Emergency Braking

Forward Collision Warning

Adaptive Cruise Control with Stop & Go

Intelligent Cruise Control

Lane Departure Warning

Lane Departure Prevention

Lane Centering Control

Traffic Sign Information

Lane Change Assist

Intelligent High Beam Control

Untuk pilihan warna, penawarannya adalah seperti berikut:

  • Executive - Snow White, Space Gray 
  • Premium - Snow White, Armour Silver, Space Gray, Passion Red
  • Flagship - Snow White, Armour Silver, Space Gray, Passion Red, Marine Blue, Teal Bayou Green
  • Flagship X - Snow White, Space Gray, Marine Blue, Teal Bayou Green, Quartz Black

Secara amnya, setiap pembelian datang sekali dengan waranti 5 tahun tanpa had kilometer dan upah servis percuma sebanyak 6 kali. 3,000 pembeli pertama pula akan mendapat kit badan percuma untuk varian Flagship X bernilai RM 3,130 dan baucar servis bernilai RM 500. Tetapi ini untuk pendafataran sehingga 29 Februari 2024 sahaja. Pelanggan yang sudah membuat tempahan dijangka mendapat kereta masing-masing secepat yang mungkin.

Juga bacaKenapa Proton S70 wujud? Timbalan CEO: "Kami mempunyai barisan SUV yang cukup. Ramai pelanggan inginkan sedan,"

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton S70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Proton S70 1.5T Review in Malaysia, Flagship Sedan to Fight Honda City and Toyota Vios

Setelah sekian lama menanti, Proton S70 akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia. Pewaris Proton Preve yang dipasang di kilang Tanjung Malim (CKD) ini ditawarkan melalui empat varian pada harga seperti berikut: 1.5 Executive - RM 73,800 1.5 Premium - RM 79,800 1.5 Flagship - RM 89,800 1.5 Flagship X - RM 94,800 Secara amnya, semua varian menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder MPI sama yang digunapakai oleh Proton X50 selain varian Flagship. Ia menghasilkan 150 PS/226 Nm dan kuasa dihantar ke ro
Selepas membuat prebiu sekitar Asia Tenggara dan Jepun, Toyota IMV 0 kembali ke tempat asalnya. Trak modular ini diumumkan secara global di Bangkok pada tahun 2023 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota ketika itu, Akio Toyoda, untuk memperingati ulang tahun ke-60 Toyota Motor Thailand. Kali ini, IMV 0 diberi nama rasmi iaitu Toyota Hilux Champ, dimana ia akan duduk di bawah Hilux sebagai penambahan baru dalam negara penuh dengan peminat trak. Terdapat lapan varian Hilux Champ diumumkan dengan harg
BMW Group Malaysia mengumumkan pembaruan harga untuk semua model BMW dan MINI mulai 1hb Januari 2024. Ini berkaitan dengan kadar inflasi global dan kos pengeluaran yang meningkat, menyebabkan peningkatan harga purata sekitar 2.3% dan 0.3% masing-masing di seluruh rangkaian model BMW dan MINI. Kumpulan ini mengumumkan bahawa harga pakej BMW dan MINI Service and Repair Inclusive (BSRI/MSRI) akan menghadapi peningkatan ini mulai 1 Januari 2024, menyumbang kepada peningkatan harga keseluruhan. Di se
Maklumat Asas 2000 Proton Satria GTi 1.8 5sp Manual (Modded) Sebab saya membeli Proton Satria Sebelum membeli kereta Satria GTi ini, saya menunggang jentera Kawasaki ER-6F tahun 2010. Disebabkan masalah kesihatan saya dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menunggang motosikal dan saya terpaksa mencari kereta yang memberi kepuasan yang sama. Dengan harga RM16000, kereta ini sesuai dengan budjet saya untuk kereta harian untuk ke universiti dan hospital sebagai seorang pelajar perubatan. Proses p
Maklumat Asas 2021 Bezza 1.0L (A) INTRO: Apabila bercakap tentang kereta, saya sanggup tak ada kelengkapan lain, asalkan kereta itu boleh diharap, praktikal, selesa, tahan lasak dan jimat minyak kerana inilah perkara-perkara paling penting bagi saya. Proses Pemilihan Ketika itu, saya sedang mencari sebuah kereta baru dan mampu milik bagi menggantikan Proton Waja saya. Saya diperkenalkan dengan Perodua Bezza 1.0L auto yang padan dengan bajet dan keperluan saya. Saya agak kurang percaya pada mulan

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Proton S70
Cek Lebih