Car Show down
Hyundai Kona discussion
65
Walaubagaimanapun, pengumuman harga tersebut menimbulkan sedikit tanda tanya. Proton X50 ditawarkan pada harga sekitar RM 79,200 hingga RM 103,300. Hal ini bermakna, harga Proton X50 bertindih dengan harga Proton X70.]
Berikut adalah perbezaan harga tersebut.
2 varian Proton X50 bertindih harga dengan Proton X70. Rajah di atas menunjukkan dengan sedikit jelas perbezaan harga bagi kedua-dua model ini.
Oleh yang demikian, mari kita semak dengan apa perbezaan model Proton X50 yang bertindih dengan Proton X70. Sesuai dengan harganya?
Model | Proton X70 Standard | Proton X50 Premium | Proton X70 Executive | Proton X50 Flagship |
Harga | RM 89,900 | RM 93,200 | RM 101,00 | RM 103,300 |
Enjin | 1.8 TGDi | 1.5 Turbo MPI | 1.8 TGDi | 1.5 TGDi |
Kuasa | 184 PS, 300 Nm | 150 PS, 226 Nm | 184 PS, 300 Nm | 117 PS, 227 Nm |
Transmisi | DCT 7 kelajuan | DCT 7 kelajuan | DCT 7 kelajuan | DCT 7 kelajuan |
Lampu | Halogen | LED | LED | LED |
Saiz Tayar | 17 inci aloi | 18 inci aloi | 18 inci aloi | 18 inci aloi |
Kemasan | Fabrik | Kulit | Kulit | Kulit 2 tona |
Skrin infotainment | 8 inci | 10 inci | 8 inci | 10 inci |
Speaker | 6 | 6 | 8 | 6 |
Beg udara | 6 | 6 | 6 | 6 |
Ciri menarik | Tempat duduk belakang boleh laras | - Sistem pengawasan angin tayar | - But belakang kuasa - Kamera 360 darjah - Tempat duduk belakang boleh laras | - Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) - Bantuan Parkir Sendiri - Bumbung suria - Sistem pengawasan angin tayar |
Kelebihan Proton X70
Melalui jadual di atas, Proton X70 Standard mempunyai kelengkapan paling asas. Contohnya tiada kamera 360 darjah, hanya kamera pandang belakang sahaja ditawarkan. Kemasan yang ditawarkan juga sekadar fabrik, cukup untuk mereka yang mengutamakan ruang.
Varian X70 Executive pula merupakan varian yang agak digemari ramai. Namun begitu, perbezaan harga dengan varian pengenalan agak mendadak. Kehadiran Proton X50 varian Premium dilihat mengecilkan lagi jurang antara harga tersebut. Strategi pemasaran?
Sebagai sebuah SUV keluarga, antara perkara yang kami sukakan pada Proton X70 adalah tempat duduk belakang yang boleh laras. Bukan setakat itu, tempat duduk belakang juga sangat luas dan kurang gegaran. Baca rebiu penuh di sini.
Kelebihan Proton X50
Varian Premiun (kedua tertinggi) pada Proton X50 menawarkan sedikit nilai tambah berbanding Proton X70 Standard. Walaubagaimanapun, bagi pembeli yang menggemari lebih banyak kelengkapan teknologi dalam sebuah SUV, varian ini masih dilihat sesuai untuk tujuan tersebut.
Didatangkan dengan Sistem Pengawasan Angin Tayar (macam kereta mewah), but belakang berkuasa dan skrin infotainment 10-inci, ia hadir dengan kompromi but belakang yang paling kecil dalam segmennya (330 liter). Ruang belakang pula agak luas dalam segmennya tetapi mungkin tidak seluas Proton X70.
Bagi varian paling tinggi pula, Proton X50 Flagship masih dikira berbaloi. Model ini merupakan model paling murah dengan Bantuan Parkir Sendiri dengan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) yang terbaik dalam kelasnya. Mungkin, lebih baik berbanding Proton X70 sendiri?
Kesimpulan
Kedua-dua tawaran SUV ini cukup jelas. Pembeli memilih gaya dan kuasa atau ruang dan keselesaan. Pembahagian ini jelas pada Proton X70 Executive dengan Proton X50 Flagship dengan perbezaan harga sekitar RM 3,000 sahaja.
Dengan perbezaan harga RM 3,000 tersebut, sudah tentu Proton X50 Flagship lebih berbaloi kerana ia merupakan varian paling atas. Walaubagaimanapun, tidak mudah untuk mengatakan bahawa Proton X70 Executive tidak berbaloi kerana anda mendapat lebih keselesaan untuk harga yang dibayar.
Anda pilih yang mana? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4