Honda
Am a first time buyer. May i know what are the technical side to look for in purchasing a car? thinking between Toyota Vios E and Honda City E? Thanks in advance for your help and opinions
39
Barisan varian Honda City 2020
Trenkuasa berlainan bagi varian berbeza
Masa pecutan 0-100 km/j bagi varian S dan E didakwa dalam julat 10.2 saat, manakala varian V mengambil masa 10.4 saat. Model RS dikatakan mampu melakukannya dalam 9.9 saat.
Dari segi tren kuasa, ini adalah perbandingan di antara varian RS berbanding dua pesaing rapatnya iaitu Nissan Almera 1.0 VLT dan Toyota Vios 1.5 G, keduanya varian tertinggi dalam model masing-masing.
Varian S, E dan V akan dilengkapi dengan brek cakera depan dan brek drum belakang. Brek cakera sepenuhnya hanya unik pada varian RS, termasuklah brek parkir elektronik (EPB).
Beralih kepada saiz rim pula, varian S dan E didatangkan dengan rim 15 inci, sementara varian teratas V dan RS datang dengan rim 16 inci. Hanya S, E, dan V diberi tayar ganti oleh Honda; RS hanya diberi kit pembaikan tayar.
Dimensi Honda City 2020
Sama seperti Nissan Almera, Honda City juga kelihatan lebih besar daripada kebiasaan dalam segmennya. Inilah ukuran City baru:
Semestinya nombor tanpa konteks bukanlah jelas, jadi diatas anda boleh lihat perbandingan diantara City dan pesaingnya.
Eksterior Honda City 2020
Selain trenkuasa, penampilannya juga berbeza. Seperti yang dijangkakan, varian S dan E mendapat lampu projektor halogen, tiada lampu kabus, spoiler belakang dan penambahan visual lain.
Cermin sisi dengan indikator standard, termasuklah DRL LED dan antena sirip jerung.
Ruang but untuk varian S, E dan V dinilai pada 519 liter, sementara RS memiliki boot yang lebih kecil iaitu 409 liter dek kerana pek bateri.
Terdapat 5 pilihan warna: Passion Red Pearl, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.
Interior Honda City 2020
Varian S dan E hadir dengan kemasan tona tunggal, sementara varian V dan RS datang dengan kemasan dwi-tona ivory/hitam.
Paddle shifters hanya tersedia pada varian E dan V. RS tiada kelengkapan ini kerana ia tiada gear.
Setiap varian mendapat ventilasi penghawa dingin belakang dengan 2 soket kuasa 12V. Malah, antara kelengkapan City pasaran Malaysia yang lebih baik daripada Thailand adalah fungsi lipatan tempat duduk 60:40.
Varian S, E dan V mempunyai kluster instrumen analog sepenuhnya dengan paparan multi-info kecil di tengahnya. Hanya RS yang mendapat kluster instrumen semi-digital.
Ciri-ciri keselamatan Honda City 2020
Honda memberikan 4 beg udara bagi varian S dan E, manakala V dan RS mendapat 6 beg udara. Selebihnya standard bagi semua varian, iaitu:
Sementara itu, varian E, V dan RS mendapat kamera undur. Walau bagaimanapun, fungsi LaneWatch adalah eksklusif untuk V dan RS.
Fungsi bantuan pemanduan ADAS Honda Sensing hanya ada pada RS. Antara ciri-ciri yang ada:
Saya ingin mengetahui lebih lanjut!
Honda City datang dengan jaminan jarak tempuh tanpa had selama 5 tahun dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun / 100,000 km.
Sementara itu, kami telah menguji pandu Honda City RS yang belum dilancarkan baru-baru ini di Melaka, anda boleh baca rebiu kami lebih lanjut di sini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9