Nissan Almera N18 merupakan sedan segmen-B yang selalu dilepas pandang berbanding pesaing Honda City dan Toyota Vios. Model generasi dalam pasaran sekarang telah diperkenalkan di rantau ini pada akhir 2019 justeru tidak hairan jika ia menghampiri kemaskini terbaharu.
Menjadi rujukan utama di sini adalah pasaran Amerika Utara yang telah menerima Nissan Versa facelift lantas menjadi petanda kepada Nissan Almera.
Nissan Almera facelift telah diintip dalam ujian penggunaan dan dilitupi samaran di Thailand seawal tahun ini. Ia juga memberi kemungkinan bahawa Almera facelift akan dilancarkan di negara tersebut pada bila-bila masa tahun ini, dan set terkini yang diperolehi daripada kumpulan automotif Facebook Thailand menunjukkan penampilan yang lebih jelas pada bahagian depan.
Nissan Almera facelift dijangka akan tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih bergaya, seperti yang dilihat pada Versa facelift yang dilancarkan pada 2022. Walau bagaimanapun, selain dari sentuhan semula pada bahagian depan, tiada perubahan ketara yang lain pada Almera facelift.
Baca: Spyshot: Nissan Almera facelift 2023 diintip di Thailand, akan menyusul di ASEAN tak lama lagi?
Oleh itu, enjin tiga-silinder 1.0 liter turbo (100 PS/152 Nm) berkemungkinan besar akan dikekalkan pada Almera facelift. Untuk pengetahuan anda, Nissan Almera versi Malaysia dipasang secara tempatan (CKD) namun komponen-komponennya didapati daripada Thailand, justeru adalah lebih masuk akal untuk mengekalkan spesifikasi yang sama dengan pasaran negara jiran kita itu.
Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi kemungkinan bahawa Nissan Almera e-Power hibrid akan diperkenalkan yang bakal bersaing dengan Honda City RS e:HEV. Terdapat spekulasi bahawa Almera hibrid boleh dikuasakan oleh sistem hibrid siri yang sama seperti yang digunakan pada Nissan Kicks e-Power – enjin 1.2 liter yang disambungkan sehingga bateri 2.06 kWj dan motor elektrik 136 PS/280 Nm.
Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}