Perodua Axia AV vs Myvi 1.3 G dengan PSDA - sekitar RM 50k, mana yang lebih baik?

Perodua Axia D74A serba baharu 2023 akhirnya dilancarkan dengan peningkatan harga yang menyaksikan varian AV teratas bermula dari RM 49,500.

Kehadiran Perodua Axia 1.0 AV yang lebih mahal daripada bukan satu, tapi 2 varian Perodua Myvi 1.3 tentunya membuatkan pembeli sedang mempertimbangkan pembelian yang mana satu lebih sesuai.

Perodua Myvi dengan enjin 1.3 liter ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan PSDA dan tanpa PSDA. untuk perbandingan ini, kita akan melihat kepada Myvi 1.3 G dengan PSDA iaitu ciri bantuan keselamatan Perodua yang bermula daripada RM 48,500. Sebagai rujukan, model Myvi 1.3 G tanpa PSDA bermula pada harga RM 46,500.

Sekiranya anda mempertimbangkan antara kedua-dua varian kerana harganya yang begitu rapat, kami telah mengumpulkan perbandingan yang merangkumi 5 aspek - penampilan, enjin, pemanduan, ruang, dan ciri kelengkapan.

Rekaan – Perodua Axia tampil lebih lengkap

Hakikatnya, Perodua Axia AV tentulah kelihatan lebih menarik berikutan daripada rupa yang lebih lengkap kerana ia merupakan varian atasan. Maka, tiada kompromi untuk Axia AV berbanding Myvi 1.3G yang tidak mempunyai lampu DRL siang pada bilah menegak - umpama rupa garang tanpa taring.

Ketiadaan spoiler, skirting dan pelbagai lagi penambahan kosmetik yang digunakan untuk menyerikan rupa King Myvi tidak kelihatan pada model varian asas ini. Berbeza pula dengan Perodua Axia AV yang nampak lengkap dengan skirting depan dan sisi dengan warna berbeza.

Dari bahagian sisi, kedua-duanya mempunyai siluet yang sama namun jarak overhang bahagian belakang Perodua Myvi masih lebih besar berbanding Axia. Sudut sisi juga memperlihatkan kelebihan Myvi dari segi ruang serta garisan badan yang lebih agresif, membuatkan mana-mana pemandu teruja sebelum melangkah masuk ke dalam. 

Jika anda merasakan bahawa Perodua Myvi 1.3G kelihatan membosankan, anda mempunyai pilihan untuk menambah kit badan Gear Up tetapi Perodua Axia D74A generasi baharu TIDAK mempunyai tawaran penambahan kit badan Gear Up setakat artikel ini ditulis. Kelebihan ini sendiri memberikan anda suatu gambaran betapa banyaknya pilihan modifikasi untuk Myvi kelak.

Enjin β€“ Myvi beri lebih kuasa, Axia lebih jimat

Perodua Axia kekal dengan enjin 3-silinder 1.0 liter 1KR-VE (68 PS/91 Nm) tetapi terdapat peralihan kotak gear baharu kepada transmisi automatik D-CVT. Sebagai konteks, Toyota Agya (kembar Axia) di Indonesia dilengkapi dengan enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula WA-VE (88 PS / 112 Nm) yang lebih berkuasa tetapi Perodua memilih untuk tidak memberi saingan rapat kepada Myvi 1.3G.

D-CVT dalam Perodua Axia

Bercakap mengenai D-CVT, semua varian Axia serba baharu hanya tersedia dengan transmisi automatik D-CVT ini. Menurut jurutera Perodua, transmisi pada Axia adalah sama dengan Myvi facelift tetapi dikalibrasi semula supaya sesuai dengan enjin yang lebih kecil.

Perodua Myvi 1.3G yang berharga kurang seribu ringgit daripada Axia AV dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.3 liter NA 1NR-VE yang berkapasiti lebih besar dan lebih berkuasa dengan 95 PS dan 121 Nm.

Anda membayar lebih banyak wang untuk kuasa yang lebih rendah namun terdapat sedikit kaveat - Perodua Axia mencatatkan penggunaan minyak serendah 27.4 km/L, manakala Perodua Myvi 1.3 mencatatkan penggunaan minyak 22.2 km/L. Cukai jalan juga lebih rendah. 

Pemanduan - Axia kini lebih selesa

Myvi 1.5 AV

Ya, kuasa adalah penting dan jika semuanya hanya berdasarkan kuasa dan kedudukan (Myvi berkedudukan di atas kerana King), memilih Myvi 1.3G kedengaran seperti satu pilihan yang lebih mudah. Tetapi realitinya lebih daripada sekadar angka di atas kertas kerana ada sesuatu yang tak dapat ditulis - hanya digambarkan.

Myvi 1.5 AV shown

Sesi pandu uji kami dengan Perodua Myvi varian tertinggi mendapati bahawa set suspensi terasa keras dengan sifar keselesaan di mana hatchback segmen-B ini pada asasnya melanggar setiap bonggolan di jalan raya dan menghentaknya ke punggung anda. Secara ringkasnya, Myvi kurang selesa untuk pemandu yang lebih berpengalaman tetapi boleh diterima jika ia kereta pertama anda.

Perodua Axia pula kini dibangunkan di atas platform DNGA dan pandu uji ringkas kami mendapati bahawa ia tidak mengecewakan - malah, jauh lebih baik berbanding model generasi lama. Jika ini kereta kedua anda, Perodua Axia baharu 2023 lebih masuk akal.

Baca: Pandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia?

Ruang – Myvi menang secara logikal

Dari segi dimensi, Perodua Myvi 1.3G lebih panjang dan lebih besar daripada Axia AV serba baharu memandangkan Myvi berada dalam segmen yang lebih besar. Namun, jarak roda Axia serba baharu hanya 25 mm lebih pendek daripada Myvi dan walaupun ia kedengaran sedikit, anda dijemput untuk ke bilik pameran untuk merasainya.

Perodua mendakwa but belakang Axia boleh memuatkan sehingga empat beg bagasi dengan mudah seperti Myvi tetapi walaupun kelihatan luas dan praktikal, kerusi belakang yang boleh dilipat pada Perodua Axia tidak boleh dibahagikan kerana ia melipat sepenuhnya.

Oleh itu, anda terpaksa berkompromi sekiranya mahu melipat tempat duduk belakang dengan syarat tiada penumpang belakang.

Sementara itu, Perodua Myvi 1.3 dilengkapi dengan tempat duduk boleh lipat belakang 60:40 supaya anda sekurang-kurangnya masih boleh meletakkan barang yang lebih panjang di bahagian belakang apabila memerlukan tanpa mengorbankan kapasiti tempat duduk.

Myvi 1.5 AV

Perodau Myvi juga mempunyai lebih banyak konfigurasi tempat duduk yang merupakan salah satu ciri utama dalam facelift terkini yang juga menunjukkan tahap praktikalitinya. Jadi untuk faktor ini, Myvi adalah pilihan yang lebih baik dengan penuh logikal memandangkan kedua-dua kereta berada dalam segmen yang berbeza sama sekali.

Baca: Konfigurasi tempat duduk Perodua Myvi facelift 2022 hampir menyaingi Tempat Duduk ULTRA City Hatchback

Ciri kelengkapan – Anda mahu meneliti faktor ini dengan lebih dekat

Axia AV dilengkapi sepenuhnya dengan ciri keselamatan dan kemudahan yang menjustifikasikan tanda harga tinggi itu. Hanya varian AV dilengkapi dengan sistem infohibur skrin sentuh 9-inci, paparan berbilang maklumat TFT 7-inci dan tempat duduk separa kulit.

Sementara itu, Perodua Myvi 1.3G sesuai dengan varian asas kerana dilengkapi ciri asas seperti radio standard dengan USB (tiada Bluetooth), gabungan meter LCD asas, dan kerusi upholsteri fabrik. Cermin sisi juga tidak dilipat secara automatik (cermin sisi Axia AV dilipat automatik).

Myvi 1.3 dengan PSDA

Kedua-dua Axia AV dan Myvi asas menawarkan PSDA tetapi ia jauh lebih menyeluruh pada Axia spesifikasi tertinggi. Kedua-dua model disertakan dengan yang berikut:

  • Advanced Safety Assist (ASA 3.0)
  • Lane Departure Warning (LDW) and Prevention
  • Auto High Beam (AHB)

Walau bagaimanapun, Axia AV menambah beberapa lagi ciri keselamatan daripada Myvi 1.3 dengan tambahan seperti monitor titik buta dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). Axia varian atasan juga dilengkapi dengan 6 beg udara berbanding dengan Myvi 1.3G yang cukup dengan 4 beg udara serta sensor sudut depan dan kamera undur.

Konklusi

Perbezaan harga antara Myvi 1.3G dengan PSDA dan varian tertinggi Axia AV ialah RM 1,000 dan tidak dapat dinafikan bahawa anda mendapat kereta yang lebih besar dengan enjin yang lebih besar pada harga yang lebih murah dengan Perodua Myvi.

Walau bagaimanapun, dari segi ciri kelengkapan dan keselesaan, Axia AV memberikan tawaran yang lebih baik berbanding Myvi 1.3G. Kesemuanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pembeli dalam sesebuah kenderaan.

Angka tidak semestinya memberikan kata akhir dalam keputusan seseorang sama ada harga atau output kuasa tetapi di antara keduanya, kami cenderung untuk mengesyorkan Perodua Axia AV secara umum kerana terdapat ia lebih terkini dan lebih berbaloi walaupun pada harga yang lebih tinggi daripada Myvi 1.3G.

Baca: Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Axia

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Collecting The All-New 2023 Perodua Axia AV, No Need for β€˜The King?’

2023 Perodua Axia 1.0 AV Review in Malaysia! Five Adults Plus Luggage on ONE Full Tank?

2020 Perodua Axia 1.0 Advance Review in Malaysia, Everyone Should Buy One!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Perodua Axia
Cek Lebih