window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat!

Faisal Β· Nov 16, 2022 06:00 PM

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 01

Sebentar tadi, Toyota Prius 2023 generasi kelima telah membuat debut global di Jepun. Antara aspek yang paling menarik adalah penawaran varian 2.0L yang mana ia hadir sebagai hibrid plug-in (PHEV) atau hibrid konvensional (penuh).

Dari segi teknikal, varian PHEV menghasilkan 223 PS (gabungan output sistem) dan ia boleh memecut dari 0 – 100 km/j sepantas 6.7 saat. Model hibrid konvensional pula menghembuskan output sebanyak 193 PS (menurut Toyota, 1.6x lagi berkuasa daripada model 1.8L terdahulu).

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 02

Varian PHEV ada port mengecas pada belah kanan. Belah kiri pula tempat mengisi petrol.

Apapun, enjin 1.8L 2ZR-FXE yang dibandingkan ini akan tetap ditawarkan di beberapa pasaran untuk varian permulaan. Perkara ini agak masuk akal kerana enjin itu adalah antara yang paling tahan di dunia. Pemandu teksi di serata dunia juga akan setuju.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMalaysia kata β€œhibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 01

Secara amnya, Toyota Prius generasi 2023 dibangunkan berasaskan platform TNGA generasi kedua. Menurut Toyota, arkitektur baharu ini memberikan pusat graviti yang lebih rendah dan ia boleh memuatkan roda yang lebih besar (ada saiz 19 inci).

Sistem gantungannya menggunakan susunan MacPherson di depan dan double wishbone di belakang.  Untuk pengetahuan anda, susunan ini sudah jarang diterapkan kerana dalam era sekarang, industri sudah banyak menggunakan jenis torsion beam yang mana kosnya lebih murah dan ia dapat memberikan ruang kabin yang lebih luas.

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 02

Varian hibrid konvensional tiada port mengecas pada belah kanan.

Untuk Prius 2023 yang dilengkapkan dengan ADAS Toyota Safety Sense, Toyota menerapkan penggunaan kamera depan jenis monokular. Sama seperti Harrier, cermin pandang belakang jenis digital juga ada. Malah, dashcam pun ada tapi ia dihubungkan terus dengan unit kawalan enjin (ECU). Data yang terkumpul kiranya disimpan dalam ECU untuk mengelak daripada kerosakan dan isu lain yang berkait dengan medium kad memori.

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 03

Sama seperti hibrid di pasaran Jepun yang lain, Prius generasi baharu datang dengan dua soket kuasa 100V AC (1,500 W). Pengguna kiranya boleh menyambung peranti elektrik dan menggunakan bateri kereta untuk menghidupkannya. Apabila bateri sudah sikit, enjin akan dihidupkan untuk mengecas.

Dalam masa yang sama, Prius 2023 secara standard hadir dengan aksesori yang membenarkan anda guna dan tarik kabel sumber kuasa dari dalam ke luar dalam keadaan tingkap masih ditutup. Dengan adanya aksesori pelekat sumber kuasa ini, air hujan atau serangga juga tidak boleh masuk ke dalam kabin.

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 04

Varian lebih atas pula hadir dengan ciri bumbung suria panoramik.

Bercakap mengenai bumbung, varian PHEV juga datang dengan panel solar. Dari segi fungsi, kuasa elektrik yang dijana sewaktu kereta dalam keadaan parkir akan diguna untuk mengecas bateri. Sistem ini juga boleh membekalkan elektrik untuk komponen pememanduan, penyaman udara dan beberapa fungsi lain. Kuasa elektrik yang dijana sewaktu memandu pula digunakan untuk memberi bekalan kepada bateri auxiliary. Menariknya, Toyota memberitahu bahawa sokongan sistem solar ini cukup untuk memandu 1,250 km setiap tahun.

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 05

Setakat ini, harga Toyota Prius generasi 2023 belum lagi diumumkan tetapi jualan di Jepun akan bermula pada akhir tahun ini, diikuti oleh pasaran Amerika Utara dan Eropah.

Memandangkan rantau kita mengenakan cukai yang tinggi untuk model import (CBU) dan Prius sendiri hanya dipasang di Jepun, UMW Toyota Motor atau pengedar sah Toyota (kecuali Borneo Motors di Singapura) tiada pelan untuk memperkenalkan kembali Toyota Prius.

Toyota Prius generasi 2023 debut - menambah 2.0L hibrid plug-in, 0 - 100 km/j sepantas 6.7 saat! 06

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Prius pernah dijual di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu generasi ketiga.

Juga bacaGosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid!

Bercakap mengenai rantau kita, strategi hibrid untuk Toyota di Asia Tenggara dipusatkan oleh Toyota Corolla Cross Hybrid dan Toyota Camry Hybrid. Untuk tahun akan datang, varian hibrid untuk Vios (Yaris Ativ di Thailand), Veloz dan Yaris Cross (lain daripada model TNGA yang dijual di Eropah dan Jepun) juga akan diperkenalkan.

Juga bacaIndonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda