2020 Honda City serba baru pandangan awal dari media Thailand. Wajar pertimbang varian selain RS?

Walaubagaimanapun, pasaran India, Thailand dan Singapura sudah pun menerima Honda City serba baharu ini. Pasaran Malaysia menerima layanan yang lebih baik dengan pelancaran enjin hibrid i-MMD bersama-sama dengan pelancaran Honda City RS serba baharu. Malaysia adalah pasaran pertama (atau mungkin satu-satunya) pasaran yang mempunyai enjin hibrid i-MMD pada Honda City.

Rekaan luar

Honda City adalah sebuah kereta keluarga sejak dari awal lagi. Ia bukan sebuah kereta yang mengetengahkan aspek prestasi namun citarasa pada zaman ini tidak lagi sekadar praktikaliti. Honda memahami kehendak pasaran dan memberikan rekaan luar yang sporty tetapi tidak begitu keterlaluan.

Pada model Honda City RS, terdapat rekaan khas seperti grill hitam berkilat, rekaan bampar depan dan belakang yang berbeza, sirip udara pada perumah lampu kabus dengan warna hitam, lampu LED, bibir spoiler belakang berwarna hitam dan perincian seperti antena sirip yang turut berwarna hitam.

Rekaan hadapan ini lebih mirip kepada Honda Accord baharu berbanding Honda Civic. Honda Accord juga merupakan sedan keluarga dengan fokus yang sama dengan Honda City. Rekaan Honda sememangnya sangat-sangat menarik dan merupakan salah satu kekuatan Honda.

Rim aluminium 16 inci dengan rekaan serba baharu turut menyerlahkan lagi rekaan luar Honda City ini. Setakat maklumat yang kami terima, rim 16 inci tersebut tidak dikhaskan untuk varian RS sahaja. Kami mengalu-alukan rekaan rim tersebut pada semua varian. 

Rekaan dan bahagian dalaman

Honda City generasi sebelum ini terkenal dengan aspek praktikaliti ruangan dalaman. Oleh itu, sudah tentu Honda City serba baharu ini bakal meneruskan DNA yang sama dengan generasi terdahulu. Berdasarkan laman web Autofun (syarikat media dalam jaringan Wapcar) Honda City serba baharu ini menerima sedikit tambahan kelengkapan.

Laman web Autofun memberitahu kami bahawa aspek peredam bunyi telah dipertingkat. Bacaan bunyi desibel hanya akan ditentukan apabila kami menerima unit ulasan kami namun Autofun mengatakan bahawa aspek peredam bunyi sangat mempunyai perbezaan ketara berbanding generasi terdahulu. Sebagai rujukan, Honda City generasi sebelum ini mempunyai kerja-kerja peredam bunyi yang agak teruk.

Mengikut ulasan dari Autofun juga, sistem infotainment Honda City sedikit sipi pusat (off-centre). Namun begitu, ia tidaklah begitu teruk sehingga mengganggu pengalaman penggunaan. Turut hadir pada sistem infotainment terbaru ini adalah sokongan Apple Carplay.

Dalam aspek praktikaliti juga, terdapat tombol kawalan penyaman udara yang mudah dicapai dan dikendalikan. Selain itu, terdapat juga pengecas USB dan soket pengecas di bawah panel kawalan tersebut. Varian RS juga mempunyai tambahan 2 soket pengecas pada bahagian belakang.

Bergerak pada bahagian pemandu, terdapat butang kawalan untuk fungsi cruise control, sistem infotainment dan kawalan telefon. Terdapat tambahan tuil penukar gear (paddle shifter) pada varian RS. Honda City RS juga tidak menggunakan kotak gear biasa oleh itu tidak dapat dipastikan bagaimanakah keadaan kotak gear pada Honda City RS.

Panel meter analog masih digunakan pada model RS pasaran Thailand, Singapura dan India. Kami menjangkakan panel meter yang sama akan digunakan pada varian Malaysia kerana tidak masuk akal jika mereka mahu mengubah panel meter ini kepada digital semata-mata untuk Malaysia.

Perincian yang membezakan antara varian RS dan varian lain adalah kemasan jahitan merah pada bahagian dalam. Bagi pengulas dari laman Autofun, mereka memberi pendapat bahawa penggunaan plastik pada papan pemuka Honda City terasa murah.

Prestasi

Umum sedia maklum, Honda City serba baharu untuk pasaran Malaysia mempunyai enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC menggantikan enjin lama yang hanya sekadar SOHC. Sebagai perbandingan, enjin Honda City pasaran Singapura dan India mampu menjana sekitar 119 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork. Kuasa yang sama mungkin akan ada pada varian di Malaysia.

Bagi Honda City RS pula, daya kilas 253 Nm tork adalah nilai jualan unik varian ini. Berdasarkan perbandingan dengan enjin i-MMD yang sudah digunapakai di pasaran Jepun, daya kilas yang tinggi ini tersedia pada rpm rendah dan mendatar pada rpm pertengahan dan tinggi.

Enjin i-MMD pada Honda Jazz e:HEV

Sebagai kenderaan yang dijana gabungan hibrid enjin dan motor, gabungan kuasa kuda yang mampu diberikan belum lagi diumumkan secara rasmi. Lagi pula, kedua-dua enjin dan motor mempunyai prestasi kemuncak yang berlainan. Oleh itu, sebagai rujukan, terdapat 109 PS kuasa kuda dari motor dan 98 PS kuasa kuda dari enjin. 

Penggunaan sistem stereng berkuasa elektrik (electric power steering), sistem gantungan MacPherson pada bahagian hadapan dan sistem gantungan torsion beam pada bahagian belakang. Sebagai ulasan tambahan dari laman Autofun, Honda City adalah sebuah kereta keluarga dan bukannya kereta prestasi jadi sistem suspensi agak lembut dan rasa sedikit membuai apabila ditekan untuk prestasi tinggi. Oleh itu, Honda City terasa stabil pada pemanduan lebuh raya yang malar.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, Honda City masih mengekalkan kelebihan yang sedia iaitu aspek praktikaliti dalaman dan ditambah dengan peningkatan prestasi. Kami percaya, ramai yang sukakan rekaan terbaru ini dan peningkatan prestasi tersebut seiring dengan gaya baru yang ditonjolkan.

Tidak banyak yang boleh diulas mengenai rekaan dalaman kerana Honda City yang dipertontonkan menggunakan cermin gelap sepenuhnya. Mungkin, terdapat kejutan yang dirahsiakan oleh pihak Honda Malaysia mengenai rekaan dalamannya. Bagi kami, tambahan fungsi Brek Parkir Elektronik dalam sebuah sedan segmen B sangat dialu-alukan.

Dalam konteks tempatan, Honda City akan disaingi Nissan Almera Turbo. Tidak keterlaluan juga sekiranya kami menambah Proton X50 yang banyak disebut-sebut sebagai pemusnah pasaran segmen B (segment B killer). Walaubagaimanapun, terpulang kepada pembeli untuk membezakan tahap keselesaan sebuah sedan dan SUV.

Nissan Almera dianggarkan sekitar RM 80,000 sehingga RM 90,000 dengan 3 varian. Jangkaan awal ramai pihak adalah harga bagi Honda City RS varian paling atas akan menjangkau atas RM 100,000, menjadikan model ini antara sedan segmen B yang paling mahal. Jika jangkaan tersebut benar, ini bermakna Honda City mungkin cuba menarik minat pembeli segmen C seperti mana yang cuba dilakukan oleh Mazda 2.

Oleh itu, adakah wajar untuk pembeli yang sudah merancang untuk membeli sedan segmen B untuk melupakan sahaja varian RS ini? Apa-apa pun, baca dahulu 9 perkara mengenai Honda City serba baharu dan perbandingan saiz Honda City dengan Nissan Almera. Ikuti wapcar.my untuk sama menerima kemaskini terbaru mengenai Honda City serba baharu ini.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Honda City Facelift in Malaysia, Another Runaway Winner?

We did 4.05L/100 km in the 2023 Honda City 1.5 e:HEV in Malaysia, 1 Full Tank Over 900 km!!

2021 Honda City RS e:HEV i-MMD Review in Malaysia, for RM105k City or Civic?

2020 Honda City vs Nissan Almera Comparison Review, Which Is The Best B-Segment Sedan?

2020 Honda City 1.5V New Features Review in Malaysia, Best Equipped B-Seg Sedan?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda City
Cek Lebih