window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul?

Haris · Aug 15, 2022 05:30 PM

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 01

Toyota Hilux GR Sport 2022 yang diinspirasikan oleh Dakar Rally telah tiba di Indonesia, dipratonton buat kali pertama di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang sedang berlangsung.

Pertama kali dilancarkan di Thailand pada tahun 2021, Toyota Hilux GR Sport memuatkan perincian estetik dan peningkatan tambahan dalaman seiring dengan trend trak pikap yang memfokuskan gaya hidup seperti Ford Ranger Wildtrak dan Mitsubishi Triton Athlete.

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi estetika, Hilux GR Sport 2022 menerima bampar hadapan dan fasia gril yang disemak semula - kali ini menggunakan skrip "TOYOTA" di hadapan dan bukannya logo Toyota.

Pakej GR Sport menyerlahkan lagi elemen tertentu terutamanya pada gril hadapan, perumah lampu kabus, cermin sisi dan bahagian overfender ysng diwarnakan hitam kilat.

Baca: Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 01

Overfenders yang lebih lebar memperlihatkan postur yang lebih berani serta bertujuan untuk menampung rim aloi 18-inci baharu. Selain itu, terdapat juga angkup brek GR berwarna merah yang menghiasi di sebalik rim tersebut.

Di bahagian belakang, Hilux GR Sport mendapat palang sport dan bampar belakang yang turut disempurnakan dalam warna hitam kilat. Pakej GR Sport menambah lencana halus pada gril hadapan, pintu belakang belakang dan juga stiker grafik vinil.

Di Thailand, Hilux GR Sport 2022 dilengkapi dengan tempat duduk baldu berongga dengan perincian kulit sintetik berwarna merah. Walau bagaimanapun, unit paparan di GIIAS 2022 ini telah ditutup kepada media semasa pratonton.

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 02

Di bahagian lain, Toyota Hilux GR Sport spesifikasi Thailand menampilkan jahitan kontras pada stereng, set pedal sporty dan grafik 'GR' yang unik pada kelompok instrumen ketika enjin dihidupkan.

Di bawah hud, tiada perubahan pada enjin 4-silinder 2.8 liter turbodiesel 1GD-FTV, yang menjana 204 PS dan 500 Nm. Kuasa diagihkan kepada keempat-empat roda melalui transmisi automatik enam kelajuan yang dilengkapi dengan paddle shifter.

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 03

Mungkin perubahan terbesar Hilux GR Sport ialah satu set penyerap hentak monotube yang dinaik taraf, didakwa meningkatkan pengendalian dan kestabilan keseluruhan trak pikap ini.

Setelah dilancarkan di Thailand, Toyota Hilux GR Sport 2022 kini mengambil satu langkah ke Indonesia berikutan pratonton GIIAS 2022, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Hilux GR Sport 2022 akan menyertai barisan GR di Malaysia tidak lama lagi.

Toyota Hilux GR didedahkan di Indonesia selepas Thailand, Malaysia bakal menyusul? 04

Sebagai rujukan, harga Toyota Hilux 2022 ketika ini (varian double cab) di Malaysia adalah seperti berikut:

  • 2.4 E (MT) 4X4: RM 110,880
  • 2.4 E (AT) 4X4: RM 111,880
  • 2.4V (AT) 4X4: RM 136,880
  • 2.8 Rogue (AT) 4X4: RM149,880

Jika Toyota Hilux GR Sport menyusul ke Malaysia, ia pasti menjadi varian teratas justeru jangkakan harga yang lebih mahal.

Baca: Berbekalkan 224 PS & 550 Nm, Toyota Hilux GR Sport 2022 ialah buku kepada ruas si Ford Ranger Raptor

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda