Lexus NX 2022 adalah antara model Lexus paling berjaya di pasaran rumah. Kalau anda nak tahu, Lexus di Jepun sendiri tidak selaku Mercedes-Benz atau BMW.
Tetapi disebabkan penangan NX baharu cukup dasyat, tempoh menunggu di Jepun sekarang ini telah mencecah 2 tahun. Selain itu, perkara ini turut berpunca daripada isu bekalan semikonduktor dan peralatan automotif yang lain. Dengan China melanjutkan lockdown Covid-19, lagilah.
Setakat Jun, Lexus di Jepun telah mengutip sehingga 35,000 tempahan buat NX tetapi mereka hanya mampu menyerahkan 20% daripada jumlah itu.
Kalau diperhatikan pada laman kereta terpakai popular di Jepun pula, terdapat banyak Lexus NX 2022 terpakai yang mana perbatuannya tidak sampai 1,000 km.
Menariknya, harga yang ditawarkan adalah 35% ke 40% lebih tinggi, tidak kisahlah varian apa.
Untuk makluman anda, di Malaysia, penyerahan Lexus NX masih diganggu oleh isu bekalan yang terhad (semua model Lexus di Malaysia diimport dari Jepun) tetapi tempoh menunggunya tidaklah begitu berat.
Juga baca: Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres'
Nasib baiknya, pasaran luar seperti Malaysia mendapat lebih keutamaan dan kebanyakan tunggakan tempahan di Jepun sebenarnya untuk varian hibrid NX 350h dan hibrid plug-in NX 450h+ sahaja. Bagi anda yang belum tahu, kedua-dua varian ini tidak dijual di Malaysia.
Secara amnya, NX 250 dan NX 350 F Sport yang ditawarkan di tanah air kita mempunyai tempoh menunggu selama 3 ke 4 bulan.
Juga baca: 2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}