Menurut data jualan kenderaan Thailand untuk Jun 2022, Honda City yang sentiasa bersaing dengan Toyota Yaris Ativ (Kembar Vios Eco Thailand) untuk kedudukan sedan segmen B paling laris setiap bulan kini jatuh ke tempat kelima.
Dengan 770 unit terjual pada bulan itu, ia merupakan angka jualan terendah yang dicatatkan untuk sedan Honda di Thailand setakat ini. Menerajui segmen itu ialah Yaris Ativ dengan 1,517 unit terjual, menyumbang 24.6% bahagian pasaran pada bulan itu.
Baca juga: Laku keras, Honda City 'tapau' Vios dalam jualan sedan segmen B di Thailand untuk Jan-Feb 2022!
Terletak di antara Yaris Ativ dan City ialah Mazda 2 Sedan (1,094 unit), MG5 (1,004 unit), dan Nissan Almera (939 unit).
Ia mungkin satu pencapaian bagi Mazda, MG, dan Nissan kerana berjaya menawan jualan Honda. Namun begitu, secara keseluruhan, City masih memegang gelaran sebagai sedan segmen B paling popular di Thailand untuk separuh pertama 2022.
Antara Januari dan Jun, sebanyak 10,714 unit Honda City telah dijual di negara gajah putih, dan ini diikuti rapat oleh Toyota Yaris Ativ dengan 10,648 unit.
Sementara itu, Mazda 2 Sedan (7,511 unit), MG 5 (7,044 unit), dan Nissan Almera (5,654 unit) masing-masing menduduki tempat ketiga, keempat dan kelima.
Baca juga: Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}