Isuzu Malaysia Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja melancarkan D-Max X-Terrain 2022 ke pasaran kita. Trak pikap ini ditawarkan bermula harga RM 146,938.40 (CBU Thailand, harga OTR atas jalan, tanpa insurans).
Secara amnya, varian teratas kali ini kekal dengan sumber kuasa sama iaitu enjin 3.0L turbodiesel 4 silinder yang menghembuskan 190 PS dan 450 Nm tork. Kuasa masih dihantar keempat-empat roda (4WD) melalui transmisi automatik 6 kelajuan.
Juga baca: WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021
Apa yang berbeza adalah penambahan ciri pada bahagian dalam yang mana ia diperbaharui dengan kamera 360-darjah, pengecas tanpa wayar Qi, lampu di penghadang keluar masuk dengan emblem X-Terrain dan lampu selamat datang pada bahagian bawah kenderaan (welcome light).
Juga baca: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!
Selain daripada itu, varian X-Terrain kekal dengan ciri bantuan keselamatan ADAS seperti:
Dari segi pilihan, Isuzu D-Max X-Terrain 2022 hadir dengan dua warna baru iaitu Black Onyx dan Silky Pearl White. Warna Sapphire Blue yang ada selama ini pula akan digugurkan.
Secara amnya, pembelian Isuzu D-Max di Malaysia lengkap dengan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan. Penyerahan trak pikap ini akan dibuat bermula pertengahan bulan Julai. Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}