Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia?

Kalau anda perasan, Perodua Axia sememangnya tiada pesaing dalam pasaran ini. Tetapi untuk Perodua Bezza, lain sedikit ceritanya kerana ia perlu berentap dengan kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga.

Sebulan yang lepas, Proton telah memperbaharui legenda mereka dengan memperkenalkan Saga facelift 2022 (MC2, Minor Change 2). Jagi, yang manakah sedan permulaan paling sejati di Malaysia? Mari kita bandingkan antara mereka.

Juga bacaPelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Harga & varian Proton Saga 2022
1.3 Standard MT RM 34,400
1.3 Standard AT RM 38,300
1.3 Premium AT RM 41,300
1.3 Premium S AT RM 44,300
Harga & varian Perodua Bezza 2022
1.0 G MT RM 33,456
1.0 G AT RM 35,391
1.3 X AT RM 42,551
1.3 AV AT RM 48,356

Dari segi harga, Proton Saga 2022 ditawarkan bermula dari RM 34,400 hingga RM 44,300, manakala Perodua Bezza pula berharga antara RM 33,456 ke RM 48,356. Kedua-dua harga ini termasuk pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2022.

Juga bacaPengecualian cukai SST kenderaan tak perlu dilanjutkan, dah terlalu lama dilaksanakan

Eksterior – Proton nampak lebih cun

Dengan menggunakan tunjang Axia, Perodua Bezza sebenarnya nampak sedikit kekok kerana punggungnya terlalu tinggi. Proton Saga pula tidaklah cantik tetapi sekurang-kurangnya ia nampak seimbang.

Bagi anda yang belum tahu, model facelift MC2 yang kami sebutkan tadi adalah facelift kedua sejak Saga generasi ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2016. Facelift pertama MC1 yang dilancarkan pada tahun 2019 dahulu menerapkan transmisi automatik 4 kelajuan dari Hyundai bagi menggantikan kotak gear CVT Punch.

Enjin Proton Saga.

Facelift MC2 pula kekal dengan pilihan transmisi 4AT atau manual 5 kelajuan dan enjin 1.3L VVT (95 PS, 120 Nm) tetapi dengan beberapa perubahan kosmetik dan penambahan ciri.

Juga bacaLama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton?

Pada bahagian depan contohnya, Saga 2022 tampil dengan gril baru dan logo Proton yang bulat. Aksen krom pada bahagian belakang juga telah digugurkan bagi memberi imej yang lebih sporty. Varian teratas iaitu Premium S AT pula tampil eksklusif dengan trim berwarna hitam dan reka bentuk rim dwi-tona baru yang bersaiz 15 inci.

Juga bacaSejarah dan Evolusi Logo Proton

Bercakap mengenai facelift, Perodua Bezza sendiri menyaksikan beberapa perubahan pada tahun 2020 yang mana ia datang dengan pembaharuan pada bahagian bampar, lampu dan reka bentuk rim. Apapun, Saga dari awal lagi tetap nampak lebih cun.

Ruang – Bezza lebih luas dan praktikal

Walau menggunakan asas Axia, Bezza tetap praktikal. Khairul Aming sendiri pun puji.

Juga baca“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza!

Kapasitinya butnya mencecah 508 liter manakala Saga hanya seluas 420 liter. Mungkin inilah faedahnya kalau ada punggung yang tinggi.

Perbandingan dimensi
Model Proton Saga Perodua Bezza
Panjang (mm) 4,335 4,170
Lebar (mm) 1,690 1,620
Tinggi (mm) 1,515 1,525
Jarak roda (mm) 2,465 2,455

Menariknya, dari segi ukuran, Bezza tetap lebih kecil daripada Saga.

Juga bacaKelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Pengendalian dan mutu perjalanan – Proton masih di hadapan

Kualiti pemanduan Proton Saga jauh lebih hebat daripada Bezza kerana Proton menerapkan suntikan dari Lotus.

Kalau mengambil selekoh, Saga akan kekal ‘steady’ dan rasa meyakinkan manakala Bezza pula akan terhuyung-hayang.

Juga bacaRebiu: Berbaloikah Perodua Bezza 2020 1.3 Advance untuk RM 49,980? Lagi bagus Persona?

Dari segi trenkuasa pula, Bezza ada sedikit kelebihan yang mana enjin 1.3L 1NR-VE yang ditawarkan mempunyai 1 Nm tork lebih banyak daripada Saga. Selain itu, Bezza ada pilihan enjin 3 silinder 1.0L 1KR-VE (68 PS, 91 Nm), khas untuk mereka yang betul-betul mahu berjimat sebaik mungkin.

Enjin Perodua Bezza.

Dalam hal ini, enjin Perodua juga lebih menjimatkan minyak.

Berdasarkan ujian kami, Saga merekodkan penggunaan petrol sebanyak 7.2 liter/100 km, manakala Bezza pula serendah 6.34 liter/100 km.

Juga bacaRebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi

Kelengkapan – Bezza menang dari segi keselamatan

Kamera stereo pada Bezza 1.3 AV.

Walaupun ciri bantuan keselamatan ADAS pada Bezza hanya ditawarkan untuk varian teratas, Perodua tetap layak mendapat pujian kereta ia adalah kereta termurah di Malaysia untuk datang dengan ciri sebegitu.

Saga pula walaupun dengan facelift kedua, ciri tersebut masih tiada. Namun demikian, perlu dimaklumkan bahawa Saga masih menggunakan platform lama iaitu platform generasi kedua yang debut pada tahun 2008.

Apapun, varian automatik untuk Saga 2022 telah dinaik taraf dengan ciri keselamatan yang lebih baik yang mana ciri kawalan kestabilan dan bantuan mula di bukit didatangkan secara standard.

Penambahan baru pada Saga 2022 juga termasuklah ciri keyless entry pada bahagian pemandu serta butang push start untuk varian teratas iaitu 1.3 Premium S. Sebagai perbandingan, ciri ini datang standard pada Bezza varian 1.3 yang mana ia bermula pada harga RM 42,551. Saga varian teratas yang ada ciri ini pula berharga RM 44,300.

Satu lagi pembaharuan pada Saga 2022 adalah panel pendingin hawa baru yang hadir dengan pelarasan jenis knob, sama seperti Iriz dan Persona. Sebut mengenai Iriz, trim berwarna merah juga diterapkan buat kali pertama pada Saga kali ini.

Dari segi infotainment pula, kedua-dua sedan permulaan ini tidak dilengkapkan dengan sokongan Apple CarPlay atau Android Auto. Yang ada cuma ‘Mirroring’ yang mana Saga menyokong peranti iOS dan Android. Smart Link yang ada pada bezza pula hanya untuk Android sahaja.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Skrin infotainment 7 inci pada Saga 2022 pula uniknya hadir dengan sistem operasi baru yang berupaya mengeluarkan amaran untuk anda periksa barang dalam kabin sebelum keluar dari kereta. Grafiknya dan animasi sistem operasinya juga nampak lebih menarik.

Walaupun dengan beberapa kelengkapan baru, Saga masih kekal dengan penggunaan lampu depan jenis halogen. Pada masa yang sama, nyalaan DRL LED pula hanya ditawarkan untuk varian Premium dan ke atas sahaja. Sebagai perbandingan, Bezza didatangkan standard dengan lampu jenis LED.

Konklusi

Melalui penampilan baru dan penambahan ciri sekalipun, Saga 2022 tetap sama dengan model sebelum ini yang mana ia tidak begitu signifikan.

Bezza pula tetap lebih praktikal dan lebih menjimatkan minyak. Ia juga ada ciri keselamatan yang lebih moden.

Secara keseluruhannya, Saga akan memenangi hati anda dari segi karakter dan watak kereta itu sendiri. Bezza pula mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan dan ciri yang ditawarkan. Jadi, tepuklah dada dan tanya selera anda.

Juga bacaBenarkah maintenance Proton Saga lebih murah berbanding Perodua Bezza? Jawapannya tak semudah itu

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Saga

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

What Does It Mean To Be Malaysian?

SOLD: 2022 Proton Saga Premium S 1.3L MC2, What's Next?

Installing 16-inch Advanti Storm S1 Flow Form Wheels on 2023 Proton Saga Premium S

Why did I Buy a 2022 Proton Saga Premium S?

First Accessories & Modification on My 2022 Proton Saga Premium S!

2020 Proton Saga vs Perodua Bezza Comparison, Which Is the Perfect Car for You? | WapCar

2020 Perodua Bezza 1.3 Advance Facelift Review, Is It Worth Proton Persona Money?

Closer Look: 2020 Perodua Bezza Facelift Sedan, Better Than A Proton Saga?

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Saga
Cek Lebih