Kami pernah menyiarkan mengenai Proton Wira PERT yang dilelong oleh Proton. Pada ketika itu, kurangnya kesedaran umum mengenai apa yang bakal terjadi. Namun selepas beberapa artikel ditulis, atas sokongan netizen, beberapa model yang hendak dilelong berjaya ditarik balik.
PERT adalah Proton Eon Racing Team yang telah ditubuhkan sekitar tahun 80 an. Kumpulan sukan permotoran Proton ini merupakan perintis kepada kumpulan R3 (Race, Rally, Research) yang lebih dikenali ramai dengan model seperti Proton Satria R3.
Gegak gempita warganet apabila mengetahui bahawa Proton cuba untuk melelong kereta-kereta sukan permotoran yang tidak digunakan dan kereta-kereta konsep yang tidak berjaya direalisasikan.
Bagi anda yang masih belum mengetahui kereta apa yang cuba dilelong, nilaikan semula pandangan anda di sini. Adakah anda menyokong atau tidak usaha melelong kereta-kereta ini?
Buat masa ini, terima kasih kepada pemilik baru Proton Wira PERT yang telah menyelamatkan kereta ini dari ditelan zaman. Bagi mereka yang ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau, anda boleh mengucapkannya terus di laman Facebook beliau.
Sumber: Facebook Mfa Bob
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}