Kilang milik Sime Darby di Kulim, Kedah telah mula memasang Porsche Cayenne 2022 untuk pasaran Malaysia.
Porsche Cayenne tiba di kilang Sime Darby dalam bentuk ‘semi knocked down’ (SKD) - casis didatangkan pra-dicat dari kilang induk di Slovakia dan bahagian lain dipasang di sini. Jika anda jenis OCD tentang subjek itu, maka ya, Porsche Cayenne adalah SKD, tetapi kami masih akan merujuknya sebagai CKD kerana di bawah peraturan cukai Malaysia, tidak ada SKD.
Baca juga: 100% anak tempatan, ini 3 perkara tentang kilang Porsche di Kulim, Kedah!
Oleh itu, sebahagian besar Porsche Cayenne yang diimport (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD) tidak dapat dibezakan secara visual antara satu sama lain. Satu-satunya cara untuk membezakan yang dipasang di Kulim dan yang dipasang di Bratislava, Slovakia adalah melalui VINnya.
VIN, atau Vehicle Identification Number boleh dianggap sebagai Nombor Pengenalan (IC) kereta.
Baca juga: Elak ditipu? Lihat VIN (nombor pengenalan) kereta yang anda mahu beli!
Untuk unit Cayenne yang dipasang di Slovakia, digit ke-11 dalam VIN menandakan kilang ia dipasang. Dalam kes ini, digit ke-11 CBU Cayenne ialah D, yang menandakan bahawa ia berasal dari Slovakia.
Cayenne yang dipasang di Kulim pula mempunyai angka ke-11 iaitu M, yang kami kira bermaksud Malaysia. Jika Cayenne yang anda lihat mempunyai digit ke-11 iaitu M, maka ia telah dipasang di Malaysia. Ia tidak terlalu sukar, kerana VIN Cayenne boleh dilihiat di sudut kiri bawah cermin depan.
Baca juga: Kini RM 115,000 lebih murah, beginilah rupa langsung Porsche Cayenne E3 CKD, SUV berprestasi!
Kini, jenama di bawah Kumpulan Volkswagen yang lebih besar biasanya mempunyai format VIN yang berbeza sedikit daripada seluruh dunia, jadi abda tidak boleh hanya mengambil beberapa digit pertama VIN dan menganggap ia dari Jerman (VIN bermula dengan W biasanya datang dari Jerman).
Ingat, pengeluar kereta yang berbeza mempunyai format VIN yang berbeza, jadi mereka tidak boleh dibandingkan secara langsung. Satu lagi jenama Jerman yang memasang kenderaan di Malaysia ialah Volkswagen.
Dalam kes barisan Volkswagen Golf CKD, VINnya bermula dengan PPV, sejajar dengan kereta lain yang dipasang di Malaysia, kerana PPV ialah pengecam Volkswagen Malaysia. Kereta CBU mereka mempunyai VIN yang bermula dengan WVW.
Baca juga: Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}