window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan?

Haris · Jul 17, 2020 11:00 AM

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 01

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa MG HS sedang menjalani proses VTA di Malaysia. Hal ini mungkin menandakan bahawa MG HS semakin hampir untuk dipandu di jalanraya Malaysia.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 02

Semalam, ada berita yang lebih pelik. MG ZS EV dan MG HS dilihat berada di luar Berjaya Times Square. Nampak macam sengaja diletakkan untuk tontonan awam. Jadi, adakah ini pelancaran MG ZS dan MG HS secara senyap?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 01

Tiada sebarang maklumat yang diberikan oleh MG Berjaya. Oleh itu, adakah ini sebuah tontonan umum atau kedua-dua buah kereta tersebut diletakkan di luar sementara pekerja MG menyiapkan urusan di dalam Berjaya Times Square? Tiada kepastian.

Yang pasti, berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu mengenai MG.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 02

Tahukah anda, MG pernah hadir ke pasaran Malaysia sekitar tahun 90-an? Pada ketika itu, MG dibawa masuk di bawah syarikat Brookland Motors namun atas sambutan yang suam-suam kuku, MG pun mengalah dan menutup operasi mereka di sini.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 03

20 tahun kemudian, MG yang kini di bawah syarikat SAIC Motor Passenger Vehicle Company (SMPV) telah memilih Berjaya sebagai rakan kongsi mereka. Syarikat MG Berjaya telah dilahirkan untuk memasang (CKD), mengedar dan menyediakan khidmat selepas jualan untuk produk-produk MG.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 04

Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Berjaya dan SMPV pada Januari 2019. Oleh itu, Berjaya mungkin akan membuat pengumuman mengenai kerjasama mereka tidak lama lagi.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 05

2 model yang mungkin ditawarkan adalah MG HS, sebuah SUV segmen C dan MG ZS EV, sebuah kenderaan jenis SUV elektrik sepenuhnya. MG HS akan bersaing dengan Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 06

Berdasarkan maklumat kami, SUV ini dijana oleh enjin 1.5 liter petrol silinder langsung 4 silinder berkuasa turbo (162 PS kuasa kuda dan 250 Nm tork). Berkemungkinan besar, enjin ini akan dipadankan dengan transmisi dual clutch 7 kelajuan seperti Proton X70.

Selain itu, MG HS pasaran Thailand dilengkapi dengan suite lengkap ciri ADAS dan sistem infotainment skrin sesentuh 10 inci. Adakah anda berminat dengan spesifikasi ini?

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 07

Sementelahan itu, MG ZS EV pula adalah sebuah SUV elektrik sebesar Mazda CX-30. Pada hemat ini, MG ZS EV adalah sebuah produk pertama seumpamanya di Malaysia. Ini suatu berita baik untuk peminat EV di Malaysia.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 08

Motor elektrik pada MG ZS menghantar 150 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork ke roda depan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 44.5 kWh yang mempunyai jarak perbatuan sejauh 335 km sekali caj.

MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan? 09

Tiada maklumat lanjut mengenai status CKD atau CBU untuk MG HS dan MG ZS EV ini. Kalau kedua-dua model ini dipasang di Malaysia, berkemungkinan besar ia akan dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah. Tentunya harga akan memainkan peranan penting dalam menentukan tempat pengilangan kereta ini.

Kami juga ingin berterima kasih kepada Che Mahmud di atas tips ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MG ZS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda