Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya!

  • Pasaran SUV premium dibentuk oleh Toyota Harrier
  • Empat generasi, hanya satu yang mempunyai turbo
  • Tetapi kuasa kuda bukanlah takrifan barisan model Harrier

Kalau anda masih lagi didalam gua, bentuk badan SUV adalah citarasa semasa dunia automotif secara global. Trend ini bukan sahaja untuk jenama yang marhaen, malah merangkumi jenama ultra-premium seperti Rolls-Royce Cullinan atau Lamborghini Urus. Namun, tahukah anda model mana yang memulakan segalanya?

Jawapannya: Toyota Harrier.

Kerja pembangunan untuk Toyota Harrier generasi pertama bermula seawal 1994 dan menjelang 1997, ia telah ditunjukkan kepada dunia. Di Jepun, ia dilancarkan sebagai Toyota Harrier manakala seluruh dunia melihatnya sebagai Lexus RX (XU10) generasi pertama.

Juga baca: Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang

Mengapa selari dengan Lexus?

Lexus SLV (Sport Luxury Vehicle) Concept

Lexus dicipta untuk menembusi pasaran premium/mewah di AS. Toyota sudah tahu bagaimana untuk memenuhi pasaran rumahnya dengan Toyota Century sebagai bukti, jadi jenama Lexus tidak diperkenalkan secara rasmi di Jepun sehingga 2005.

Sebaliknya, terdapat model selari seperti Toyota Harrier (Lexus RX), Toyota Altezza (Lexus IS), dan lain-lain.

Kembali kepada Toyota Harrier generasi pertama. Matlamatnya adalah untuk menggabungkan prestasi sedan mewah di atas jalan dan keupayaan ke mana-mana SUV. Ingat, ini adalah masa apabila BMW X5 atau Porsche Cayenne tidak lagi wujud.

Ia ditawarkan dengan enjin 3.0 liter V6 atau 2.2 liter 4 silinder, dengan kuasa dihantar sama ada ke roda hadapan atau keempat-empat roda untuk varian 3.0 liter. Transmisi automatik 4-kelajuan adalah satu-satunya pilihan tunggal.

Varian 2.2 liter seberat 1,590 kg dan enjinnya menghasilkan 140 PS/191 Nm, sesuai untuk pemanduan santai. Model facelift kemudian menggantikan enjin 2.2 liter dengan 2.4 liter yang menghasilkan 160 PS/221 Nm. Bagi mereka yang ‘gila kuasa’, enjin 3.0 liter V6 menghasilkan 220 PS/301 Nm. Transmisi automatik 4-kelajuan datang sebagai standard.

Di Malaysia, Harrier generasi XU10 tidak tersedia secara rasmi tetapi terdapat banyak pengedar kereta import yang menangkap sebahagian besar segmen crossover/SUV mewah yang baharu pada ketika itu. Disebabkan struktur cukai jalan Malaysia, terdapat lebih banyak model 2.2 liter dan 2.4 liter daripada 3.0 liter.

Walau bagaimanapun, pemilik jarang mengadu tentang kekurangan kuasa kerana Harrier menepati apa yang orang mahukan - keselesaan dan kehalusan yang dibalut dengan badan crossover/SUV kelas atas yang memberikan jarak kelegaan tanah yang baik, serta keterlihatan dan kepraktisan.

Di AS, Lexus RX generasi pertama terjual lebih 370,000 unit dalam tempoh 5 tahun, membentuk lebih separuh daripada jualan syarikat itu.

Menjelang tahun 2003, Toyota Harrier (XU30) generasi kedua telah dilancarkan. Ringkasnya mudah - jadikan semuanya lebih baik. Ia lebih besar, lebih cekap dari segi aerodinamik, dan sarat dengan ciri seperti lampu depan adaptif, pelarasan elektrik untuk stereng, suspensi udara, dan sebagainya.

Pilihan enjin termasuk enjin 2.4 liter pada generasi sebelumnya yang dinaik taraf dan enjin 3.0 liter V6, ditambah dengan enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 272 PS/342 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan baharu.

Seperti XU10 Harrier, XU30 membanjiri pasaran kereta recon  dengan majoriti daripadanya dilengkapi dengan enjin 2.4 liter. Ia tidak pantas, tetapi amat selesa.

Kesejajaran dengan Lexus berhenti pada tahun 2008 apabila Lexus RX generasi ketiga diperkenalkan, dan pada masa itu Lexus telah pun dijual di Jepun. Oleh itu, Harrier generasi XU30 bertempur selama 10 tahun, sehingga 2013.

Toyota Harrier generasi ketiga (XU60) telah diperkenalkan pada 2013 dan tanpa kaitan dengan Lexus, tiada enjin V6 tersedia. Pada peringkat pengenalannya, pilihan trenkuasa termasuk enjin 2.0 liter aspirasi natural  dengan 151 PS/193 Nm dan hibrid 2.5 liter.

Tanpa insentif cukai untuk hibrid yang diimport sepenuhnya, jelaslah rangkaian kuasa yang dipilih oleh pengimport selari. Sekali lagi, orang ramai tetap membeli Toyota Harrier walaupun ia "hanya" menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi natural.

Tetapi, pada 2018, UMW Toyota akhirnya menawarkan Harrier XU60 yang dipertingkatkan dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter. Enjin 8AR-FTS menghasilkan 231 PS/350 Nm dan menggegarkan keseluruhan pasaran 'recon' kerana model pra-facelift hanya mempunyai enjin 2.0 liter NA.

Model ini agak ganjil dalam barisan keturunan Harrier, dan mungkin telah mencipta jangkaan tertentu untuk model penggantinya. Tetapi untuk satu generasi (atau separuh), XU60 facelift menawarkan semua yang orang suka tentang Harrier dengan dengusan tambahan turbo.

Juga baca: Toyota Harrier 2020 dengan body kit GR. Lebih mengancam?

Memang menarik untuk melihat penerusan tawaran enjin pengecas turbo dalam Toyota Harrier generasi keempat (XU80) tetapi malangnya, peraturan pelepasan emisi melarangnya.

Juga baca: Toyota Harrier adalah SUV mewah No. 1 Jepun tahun 2020 tapi Toyota Raize (Ativa) tapau semua!

 

Seperti Harrier XU60 pra-facelift, tiada lagi pilihan enjin pengecas turbo. Di Jepun, Harrier XU80 ditawarkan dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter aspirasi natural dan hibrid 2.5 liter. Oleh itu, memang jelas pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkan di Malaysia.

Juga baca: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?

Sekali lagi, mereka yang betul-betul berminat nampaknya tidak terlalu risau dengan kekurangan kuasa, kerana stok 2021 Toyota Harrier XU80 telah habis dijual dalam masa seminggu.

Juga baca: Toyota Harrier 2021 laku keras dalam masa 6 hari, kesemua 300 unit hampir licin!

Mungkin, ini hanya kembalinya semula Harrier mengikut formula asal - keselesaan, kehalusan dan kebolehpercayaan dibalut dalam pakej SUV kelas atas. Turbo? Meh.

Juga baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Harrier

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Toyota Harrier 2.0L Review in Malaysia, A Proper Premium SUV That's Worth RM249k!

2021 Toyota Harrier 2.0L CVT in Malaysia, Is RM 250k Too Expensive?!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Harrier
Cek Lebih