Menurut data daripada JPJ, perang antara Toyota Vios dan Honda City tidak pernah tamat di mana untuk Jun 2024, si lambang 'H' berjaya mendapat semula takhta jualan daripada Toyota Vios. Untuk makluman anda, sejak Mac tempoh hari, Toyota Vios telah mendahului jualan.
Secara teknikal, Pada Jun lalu, Honda berjaya menjual sebanyak 2,661 unit City. Ia 500 unit lagi banyak berbanding Vios (2,161 unit). Bulan lalu juga menandakan rekod baru buat jualan bulanan bagi tahun 2024 setakat ini.
Sebagai perbandingan, bulan terbaik bagi jualan Vios adalah pada Mac (3,119 unit).
Kalau anda nak tahu, jualan City untuk tahun 2024 setakat ini (12,815 unit) telah mendahului Vios (12,513 unit).
Jualan 2024 setakat tarikh (YTD) antara Honda City & Toyota Vios |
Model/Bulan |
Honda City |
Toyota Vios |
Januari |
2,006 |
797 |
Februari |
2,120 |
1,996 |
Mac |
2,399 |
3,119 |
April |
1,465 |
2,057 |
Mei |
2,164 |
2,383 |
Jun |
2,661 |
2,161 |
Jumlah YTD |
12,815 |
12,513 |
Secara amnya, Honda City ditawarkan pada harga RM 84,900 - RM 111,900, manakala Toyota Vios pula pada RM 89,600 - RM 95,500.