Proton ingin menggunakan transmisi 6-kelajuan pada Iriz / Persona, tapi kenapa CVT dikekalkan?

Sekali imbas, Proton Persona dan Proton Iriz 2022 yang baru mungkin kelihatan serupa. Maklumlah, Proton Iriz kini dah berada di pasaran selama 7 tahun, dan Persona pula sudah 5 tahun.

Sekarang Proton menawarkan Iriz Active, varian ala SUV / crossover, tetapi sebenarnya tidak ada perbezaan dengan jarak kelegaan tanahnya yang masih kekal dengan ukuran 165 mm untuk varian dengan roda 16 inci dan 155 mm untuk 15 inci (sama dengan Persona).

Juga baca: Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active?

Pertambahan 10 mm di Iriz Active (20 mm jika dibandingkan dengan varian Standard dengan roda 15 inci) adalah kerana penambahan rel bumbung yang tidak berfungsi langsung (hanya estetika), jadi jangan cuba untuk meletakkan basikal atau beban berat lain di atasnya.

Juga baca: Baru vs Lama – Proton Iriz facelift 2022, perubahan ketara, dah boleh tapau Myvi?

Kini Persona pun menggunakan muka depan yang sama dengan Iriz.

Ada ini bermakna Proton dengan sambil lewa menukar bahagian kosmetik untuk menjadikan hatchback ini relevan dan moden untuk masa kini?

Juga baca: Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Fakta menarik: Proton telah menghabiskan 157,000 jam dari segi tenaga kerja dan 180,000 jam untuk melakukan lebih dari 2,500 ujian pada 200 jenis bahagian baru, 32 peningkatan kualiti yang berbeza, dan 6 peningkatan prestasi (termasuk penggunaan bahan bakar, brek, keselesaan perjalanan, keselamatan, dan tahap kebisingan kabin).

Oleh itu, tak adil bagi pasukan pembangunan Iriz dan Persona 2022 sekiranya mereka dituduh malas dengan hanya merubah bahagian kosmetik.

Semestinya Proton Iriz dan Persona masih lagi menggunakan struktur badan dan kekuatan yang sama, berbanding Perodua telah sudahpun melancarkan dua generasi Perodua Myvi.

Adzrai Azizi adalah bintang tempatan kami yang berperanan sebagai Eksekutif Program Kenderaan - peranan yang dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong setara dengan menjadi CEO untuk setiap model. Ini juga bermaksud bahawa Adzrai selalu ‘dihantui’ oleh Dr. Li.

Sudah tentu Adzrai ingin mengusahakan model serba baru. Namun hakikatnya, Proton, seperti mana-mana pengeluar kereta, tidak beroperasi dengan sumber yang tidak terbatas.

Juga baca: Cukup-cukuplah dengan facelift, Proton Persona perlu generasi baharu!

Kawalan suara pada GKUI kini meliputi kawalan tingkap penyaman udara dan kuasa, tetapi hanya pada varian spesifikasi tertinggi Iriz dan Persona.

Model baru untuk menggantikan Proton Iriz dan Persona akan diperkenalkan pada masa akan datang, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun lagi. Sementara itu, terdapat peruntukan tambahan yang membolehkan Proton Iriz Active wujud agar dapat kekal bersaing dengan Perodua Myvi.

Salah satu penambahan terbaru adalah sistem infotainment yang diaktifkan dengan suara GKUI yang yang kini juga mengendalikan tingkap kuasa dan penyaman udara, sama seperti apa yang dapat dilakukan oleh pengeluar dengan platform tua dan batasan lain yang dihadapi oleh pasukan tempatan di Proton.

Iriz dan Persona kini mempunyai tempat sandaran lengan tengah, yang juga bermaksud tombol gear dan brek tangan harus direka semula

Adzrai berbicara panjang  mengenai banyak lagi peningkatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada Persona dan Iriz yang baru tetapi untuk rencana kali ini, kami akan memberikan fokus yang lebih terhadap penggunaan transmisi CVT yang telah menerima banyak kekangan dari pengguna, termasuk kami di WapCar.my.

CVT dari Punch Powertrain Belgium yang digunakan oleh Iriz dan Persona mempunyai reputasi sebagai kurang lancar dan kerap kali tersentak dalam keadaan pemanduan trafik perlahan. Ini bertentangan dengan perwatakan transmisi CVT tanpa langkah dan gear.

Mod L model sebelumnya telah diganti dengan S. Fungsi tetap sama - brek enjin untuk turun / menahan 'nisbah maya' pada kelajuan enjin yang lebih tinggi

Proton memperbaikinya pada tahun 2019 dengan memberikan penyebaran nisbah yang lebih luas dengan penentukuran yang lebih baik. Pengalaman pemanduan terasa jauh lebih baik sekarang, tetapi hanya apabila anda memandu secara berseorangan.

Transmisi ini tidak dapat melawan CVT yang ada pada Honda Jazz / Toyota Yaris / Honda City / Toyota Vios. Malah, transmisi automatik 4-kelajuan yang tua pada Perodua Myvi pun terasa lebih baik.

Juga baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Proton Saga bertukar daripada transmisi CVT ke 4-kelajuan automatik.

Mengenai keputusan Proton untuk mengekalkan transmisi CVT Punch ini dan tidak beralih ke transmisi automatik 4-kelajuan Hyundai yang digunakan di Proton Saga, Adzrai menjelaskan bahawa berdasarkan tinjauan Proton sendiri, keluhan terbesar dari pelanggan adalah kebimbangan mengenai kebolehpercayaan CVT, dan bukannya kelancaran dalam operasi (ini bukan yang terbaik tetapi boleh diterima dengan harganya).

Penambahbaikan baru yang diperkenalkan pada tahun 2019 telah mengurangkan tuntutan jaminan berkaitan transmisi lebih dari 80 peratus.

Juga baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Transmisi 4-kelajuan automatik pada Myvi dah tua, tetapi masih lagi berjasa.

Tidak seperti Proton Saga di segmen A, Proton Iriz dan Proton Persona segmen B bersaing dalam segmen yang didominasi oleh model dengan penggunaan CVT, jadi untuk ianya terasa agak mundur sekiranya Proton menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan.

Perodua mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hal ini tetapi bagi Proton, 4AT bukanlah pilihan yang boleh diterima. Namun transmisi automatik 6-kelajuan (6AT) pernah dipertimbangkan.

6AT yang lebih moden adalah sesuatu yang lebih sesuai dengan aspirasi Proton tetapi malangnya ia terlalu mahal untuk digunakan.

Walaupun Adzrai tidak banyak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai identiti transmisi 6AT, tetapi transmisi 6AT yang berafiliasi dengan Toyota adalah yang paling biasa digunakan di segmen ini, terutama di Volkswagen Polo dan Vento sebelumnya (varian MPI).

Kemudian ada risiko tambahan untuk memperkenalkan transmisi baru di tengah-tengah kitaran hidup model. Oleh kerana CVT yang diperbaiki telah terbukti sangat dipercayai, Proton memilih untuk menggunakannya, tetapi dengan beberapa peningkatan yang tidak tersedia dalam model 2019.

Neutral Idle Control - Ini tidak merujuk kepada Proton, tetapi prinsipnya sama.

Untuk Iriz dan Persona 2022 yang dilancarkan baru-baru ini (Proton memilih untuk menyebutnya 2022 kerana aktiviti pemasaran dijangka tidak akan berjalan sepenuhnya sehingga akhir tahun 2021, kerana Covid-19), CVT Punch ini mendapat dua ciri tambahan - Neutral Idle Control (NIC) dan Eco Mode dengan pelepasan klac semasa pelayaran.

NIC sangat penting kerana sekarang ini bermakna transmisi tidak akan terlalu panas walaupun anda membiarkannya di D (bukannya N) dalam tempoh menunggu yang lama di lampu isyarat atau lalu lintas.

Sebelum ini, klac CVT akan tetap aktif dan kelajuan enjin pada keadaan statik kekal tinggi ketika kenderaan dipegang oleh brek kaki, sehingga memberikan tekanan pada transmisi.

Dengan NIC, klac terputus ketika kereta dalam keadaan statik, jadi tidak ada tork yang dipindahkan ke transmisi, walaupun tuas gear masih dalam D. Oleh itu, tidak ada perbezaan sama ada anda beralih ke N atau tidak.

Ini juga bermaksud bahawa pemilik Proton yang dilengkapi CVT terdahulu digalakkan untuk beralih ke N untuk keadaan dimana anda terpaksa berhenti dengan lama, dengan demikian menerangkan jawapan Proton dalam rencana kami yang lebih awal di sini.

NIC juga bekerjasama dengan komputer pengurusan enjin untuk mengurangkan minyak petrol yang dimasukkan ke dalam enjin setiap kali kenderaan dalam keadaan statik. Ini menurunkan kelajuan enjin pada keadaan statik, menjimatkan sedikit penggunaan minyak.

Eco Mode pula melangkah lebih jauh daripada sekadar mengehadkan respon pendikit minyak. Ketika Iriz atau Persona meluncur dengan kelajuan bawah 70 km / jam, ia memutuskan klac dan membiarkan kereta melayari dengan bebas di gear Neutral.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak seharusnya melakukan ini dalam transmisi automatik biasa kerana meluncur dalam kelajuan tinggi di Neutral bukan sahaja akan merosakkan transmisi, tetapi juga mengakibatkan kemalangan kerana anda tidak akan mempunyai kawalan terhadap penghantaran kuasa.

Varian Proton Persona 2022
1.6 Standard RM 45,200
1.6 Executive RM 50,100
1.6 Premium RM 54,900

Eco Mode Proton pula direka dengan ciri keselamatan sehingga klac segera berfungsi dengan lancar ketika pedal brek atau pendikit minyak ditekan.

Proton mendakwa CVT Punch yang (sekali lagi) diperbaharui ini memberikan penjimatan minyak antara 8 hingga 10 peratus, tetapi ini mengikut ujian kitaran pemanduan dalaman Proton, bukan keadaan dunia nyata atau kaedah homologasi yang diluluskan oleh PBB seperti NEDC, yang hanya mengambil kira mod pemanduan biasa.

Ini juga adalah sebab mengapa begitu banyak kereta Eropah tidak membenarkan anda untuk mematikan fungsi ‘start-stop’.

Varian Proton Iriz 2022
1.3 Standard RM 40,300
1.6 Executive RM 47,100
1.6 Active RM 54,000

Sekarang sekatan PKP telahpun reda bagi bilik pameran, jadi nantikan rebiu dan rangkuman lanjut uji pandu Proton Iriz dan Persona 2022 akan datang.

Proton Persona adalah sedan segmen B termurah di Malaysia. Harganya puluhan ribu Ringgit lebih murah daripada Toyota Vios, Honda City, atau Nissan Almera.

Juga baca: Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik?

Bagi Proton Iriz pula, ini mempunyai kawalan pemanduan serta pengendalian yang lebih baik serta selesa daripada Perodua Myvi. Kelemahannya? Iriz tidak begitu luas dan tiada ciri AEB.

Juga baca: Berminat untuk membeli Proton Iriz 2022? Inilah gaji minimum yang diperlukan

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Iriz

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Helping a Viewer to Find His Perfect Car, 2022 Proton Iriz Active

2021 Proton Saga & Iriz R3 Limited Edition in Malaysia, Last Hurrah Before Facelift?

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

2020 Proton Iriz 1.6 Premium CVT Review, Great Confidence on the Highway!

2020 Geely Binyue Pro 1.4L Turbo, Coming to Malaysia for Proton X50, Iriz R3 & Persona? | WapCar

Finding the Best Entry Level Family Sedan for a Young Couple, 2022 Proton Persona

2021 Proton Persona & Exora Black Edition, Would You Pay RM3,000 Extra For Black Colour?!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

2020 Proton Persona 1.6 CVT Facelift Review in Malaysia, Best Value For Money Family Sedan?

2020 Geely Binyue Pro 1.4L Turbo, Coming to Malaysia for Proton X50, Iriz R3 & Persona? | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Iriz
Cek Lebih