Fungsi paling menarik sekali tentulah maklumat penjimatan minyak yang dipaparkan secara berperingkat pada panel instrumen. Fungsi ini dipanggil fuel-efficient podium display. Lebih menarik lagi, fungsi ini akan mengira kadar penjimatan anda melalui gaya pemanduan anda dan membandingkannya dengan rekod pemanduan lampau.
Paparan kadar penjimatan minyak turut terbina pada kereta-kereta lain. Namun pada Toyota Vios 2020, paparan maklumat ini seolah-oleh suatu persaingan kerana anda bakal ‘dianugerahkan’ dengan Emas, Perak dan Gangsa.
Disebabkan kedudukan fungsi tersebut ada pada panel instrumen, anda mesti asyik ‘tertengok’ fungsi tersebut walaupun apabila enjin dimatikan.
Video paparan tersebut adalah seperti berikut:
Pengguna Toyota Vios tersebut secara bergurau dengan nada marah kerana dibeza-bezakan oleh keretanya. “Ko ingat ni competition?” katanya.
Namun, Toyota sebenarnya lebih bijak kerana menggunakan paparan seperti itu dalam cubaan mempengaruhi pengguna supaya memandu dengan lebih efisien.
Ternyata taktik Toyota ini berjaya! Kami juga asyik nak ‘berlawan’ dengan diri sendiri bila memandu Toyota Vios 2020.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}