Ramai sudah sedia maklum yang kes jangkitan harian COVID-19 di negara kita semakin meningkat saban hari sejak kebelakangan ini. Ditambah lagi dengan tekanan bagi rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, pasti ramai yang cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman.
Susulan kes jangkitan yang semakin meningkat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengetatkan kebenaran rentas negeri bermula 15 April 2021.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebenaran hanya tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu:
1. Kecemasan melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja dengan melampirkan dokumen sokongan.
2. Kematian.
3. Pasangan jarak-jauh (PJJ).
Bagi yang mahu merentas negeri bagi tujuan kenduri, keramaian keluarga atau majlis perkahwinan tidak dibenarkan sama sekali.
Gambar notis yang ditampal di balai polis menyatakan SOP terbaru ini mula tular di media sosial. Ia mendapat pelbagai reaksi dari netizen, namun bagi pihak berkuasa, inilah yang patut dilakukan buat masa sekarang bagi mengekang penularan COVID-19 di negara kita.
Bagi yang menyambut hari lebaran jauh nun di sana dari keluarga masing-masing nanti, bertabahlah. Biar penulis belanja satu penawar.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}