Inilah dia; 20 gambar langsung Chery Tiggo 8 Pro 2023 yang didebut secara rasmi di Malaysia di Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung sekarang hingga 7 Mei nanti di MAEPS, Serdang.
Inilah dia; 20 gambar langsung Chery Tiggo 8 Pro 2023 yang didebut secara rasmi di Malaysia di Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung sekarang hingga 7 Mei nanti di MAEPS, Serdang.
Chery Tiggo 8 Pro ialah SUV flagship jenama dari China itu yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter berpengecas turbo dan dipadankan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa 250 PS dan tork 390 Nm, disalurkan ke roda hadapan.
Usah keliru pula; model ini dijual sebagai Chery Tiggo 8 Pro Max di China, namun gelaran โMaxโ itu tidak diguna pakai untuk pasaran Malaysia.
Jika dibandingkan dengan Tiggo 8 Pro yang diprebiu tahun lalu, kereta yang ditunjukkan di sini diberi jejaring hadapan baharu dengan โnew galaxy designโ, lampu brek LED melintang panjang, berserta rim 19 inci.
Juga baca: Chery Tiggo 8 Pro debut ASEAN tahun 2022 - RHD pertama di Indonesia, Malaysia menyusul?
Di dalam kabinnya pula, anda boleh lihat โdual-widescreenโ di konsol tengah sebagai infotainmen (dengan sambungan Apple CarPlay/Android Auto) dan kluster instrumen (meter), yang dikatakan berukuran 24.6 inci.
Kelengkapan standard termasuklah tempat duduk hadapan elektronik dengan fungsi pemanas dan pengudaraan, kawalan iklim automatik dwi-zona, sistem audio Sony 8 speaker, pintu bonet elektronik, bumbung suria panoramik, dan pengecas peranti nirwayar.
Kelengkapan penuh sistem bantuan pemandu (ADAS) juga disertakan sekali dalam Chery Tiggo 8 Pro. Sistem ini merangkumi brek kecemasan berautonomi, amaran dan pencegah keluar lorong, pengesan titik buta, amaran pintu terbuka, amaran lintasan trafik di belakang, dan kawalan peluncuran adaptif.
Tiggo 8 Pro akan tiba di pasaran Malaysia sebagai model dipasang domestik (CKD) dari awal lagi; seperti yang telah diumumkan Chery pada Februari lalu.
Chery Malaysia telah merasmikan kerjasama mereka bersama Inokom Corporation Sdn Bhd untuk pemasangan tempatan di kilang syarikat itu di Kulim, Kedah.
Juga baca: Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju!
Chery juga mengesahkan yang mereka akan melancarkan Chery Tiggo 8 Pro di Malaysia pada Jun 2023, dimana ia akan menjadi model pertama mereka setelah kembali semula di Malaysia. Syarikat itu juga menyasarkan penubuhan 30 pusat pengedar/dealership di seluruh negara menjelang pelancarannya nanti.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
Chery Tiggo 8 Pro Premium
Upgrade
Add your car