window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km!

Mersita · Feb 6, 2022 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kurang dari RM 3,200 untuk servis selama 5 tahun

Kos servis Perodua Ativa 2021
Bulan Mileage (km) Kos (RM)
1 1,000 -
6 10,000 160.50
12 20,000 259.30
18 30,000 202.79
24 40,000 423.12
30 50,000 202.79
36 60,000 259.30
42 70,000 202.79
48 80,000 423.12
54 90,000 202.79
60 100,000 841.40
Jumlah 3,177.90

Kos keseluruhan untuk servis Ativa anda sepanjang tempoh 5 tahun/100,000 km ialah RM 3,177.90. Harga ini termasuk kos upah ‘labour’ berserta SST 6%.

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 01

Enjin 1KR-VET Ativa (98 PS / 140 Nm)

Pertama kali anda akan menerima bil servis yang kosnya agak tinggi ialah pada servis 24 bulan/40,000 km, iaitu RM 423.12. Kenaikan kos pada servis ini berpunca dari penukaran penapis udara/’air filter’ (RM 53.80), cecair brek/’brake fluid’ (RM 28), dan penyejuk/’coolant’ (RM 51.60).

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 02

Ativa varian X digambarkan. Lihat rim 16 incinya yang satu tona warna saja

Perlu diingatkan bahawa servis paling mahal akan tiba pada servis 84 bulan/100,000 km, dengan kos RM 841.40. Kos terbesar di sini datang daripada ‘spark plug’ baru (RM 471.90) dan cecair CVT (RM 97.50).

Baca juga: Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Harga tayar Perodua Ativa

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 03

Rim 17 inci dwi-tona pada varian H dan AV

Bergantung kepada varian, Ativa dipasang dengan dua saiz tayar berbeza:

  • 205/65R16 (varian X sahaja)
  • 205/60R17 (varian H dan AV)

Dari segi harga, kita boleh jangkakan kosnya adalah antara RM 200 - RM 470 bagi setiap unit tayar 16 inci, dan sekitar RM 300 - RM 500 bagi setiap unit tayar 17 inci. Nak satu set? Darab 4.

Baca juga: Model & jenama tayar kereta terbaik saiz 13 – 17 inci. Suka jenis tayar kereta yang senyap?

Kos insuran dan cukai jalan Perodua Ativa

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 04

Dengan enjin 1.0 liter 3 silinder, cukai jalan Ativa hanyalah RM 20. Insuran Ativa pula berbeza-beza mengikut varian:

Kadar insuran Perodua Ativa
Varian Harga
1.0 X RM 1,846.80
1.0 H RM 1,966.40
1.0 H Special Metallic RM 1,979.40
1.0 AV  RM 2,099.00
1.0 AV Special Metallic RM 2,112.00
1.0 AV Dual-Tone  RM 2,119.80

Kos penjagaan/’maintenance’ penuh Perodua Ativa

Rujuk rumusan di bawah untuk dapatkan kos insuran dan jagaan Ativa dalam tempoh 5 tahun termasuk semua varian.

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 05

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 06

Ada apa-apa lagi yang anda perlu tahu?

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 07

Ativa secara amnya ialah pakej yang cukup lengkap, didatangkan pula dengan pelbagai kelengkapan keselamatan sebagai standard.

Baca juga: Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 08

Berbaloikah tambah kit GearUp?

Selain itu, ia juga model Perodua pertama yang dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km! 09

Kuasanya datang daripada enjin 1.0 liter berpengecas turbo (1KR-VET, 98 PS/140 Nm) yang dipadankan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) – kombinasi yang julung kali dilihat dalam barisan kenderaan Perodua.

Baca juga: Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda