window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak!

Faisal · Apr 6, 2024 10:00 AM

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 01

Antara benda paling anda tidak mahu hadap ketika dalam perjalanan jauh atau sedang beraya menziarahi di perantauan ialah penyaman udara kereta yang tidak sejuk.

Dengan cuaca yang panas melampau sekarang, tips berikut merupakan antara perkara paling penting yang perlu anda buat untuk memastikan penyaman udara dapat berfungsi dengan berkesan dan sebaik mungkin. Lagipun, anda juga yang akan dapat nikmat kesejukan dan keselesaannya. Jadi, bagaimana caranya?

1. Kenalpasti bila kali terakhir servis penyaman udara kereta dibuat

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Kebiasaannya setiap 40,000 km/1 tahun setengah
  • Jika terlepas, segera lakukan di bengkel atau pusat servis terdekat
  • Sekiranya ada situasi di mana anda rasa penyaman udara tidak begitu sejuk, minta periksa tahap gas, keadaan hos, kipas serta compressor/condenser atau cooling coil
  • Tukar ganti komponen atau tambah gas sekiranya disyorkan oleh mekanik

*Bonus: Harga servis penyaman udara sekitar RM 150 - RM 300

2. Parkir di tempat redup

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 01

  • Meletak kereta di bawah bumbung atau tempat redup dapat mengurangkan haba panas daripada masuk ke dalam kabin, sekaligus mempercepatkan penyaman udara untuk menyejukkan bahagian kabin.
  • Kalau tidak dapat dielak, keluarkan sedikit belanja untuk membeli tirai mudah alih jenis aluminium yang boleh memantul haba daripada menembus ke bahagian kabin.

*Bonus: Kos tirai aluminium lebih menjimatkan berbanding terpaksa memperbaiki sistem penghawa dingin kenderaan

3. Turunkan tingkap

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 02

  • Jika kereta ada visor tingkap, anda boleh turunkan tingkap secara sedikit sebaik sahaja mula bergerak dari tempat parkir panas untuk keluarkan udara panas tanpa risau akan soal keselamatan atau air hujan masuk.
  • Untuk lebih berkesan, hidupkan penyaman udara, buka tingkap lebih banyak dan pandu dengan lebih laju.

*Bonus: Tinted lebih berkualiti memainkan peranan besar dalam mengurangkan tahap panas, sekaligus mempercepatkan proses menyejukkan kabin

Juga bacaDah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta?

4. Jangan buka penyaman udara maksimum terus dan pilih mod fresh

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 03

  • Sebaik sahaja menghidupkan kereta dan penyaman udara, biarkan angin berventilasi di dalam kabin secara semula jadi dengan menukar ke mod 'fresh' terlebih dahulu untuk mengeluarkan sebahagian besar udara panas yang terperangkap.
  • Kemudian apabila panas hilang dan sudah rasa sejuk, tutup tingkap dan tukar ke mod 'recirculate' supaya udara nyaman yang diperoleh dapat dikekalkan di dalam kabin.
  • Dalam mod ini, penyaman udara tidak perlu bekerja sekeras mod 'fresh', sekaligus mengurangkan kadar kehausan dalam sistem penyaman udara.

*Bonus: Penyaman udara berfungsi paling optimum dengan jangka hayat paling lama adalah melalui tetapan di tahap pertengahan. Namun kalau perlu, tidak salah untuk anda buka maksimum

5. Tutup enjin dan turunkan tingkap kalau perlu berehat tidur di dalam kereta

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 04

  • Sewaktu berhenti, enjin yang hidup akan mengumpul gas racun karbon monoksida yang keluar dari ekzos di sekeliling kereta.
  • Penyaman udara yang hidup pula boleh menyerap masuk gas ini, sekaligus menipiskan kadar oksigen dalam kabin untuk anda bernafas.
  • Jadi, seeloknya turunkan tingkap walaupun sedikit supaya gas racun tersebut dapat mengalir keluar dan tidak terperap di dalam kabin.

*Bonus: Kalau persekitaran tersebut nyaman atau berangin, matikan enjin serta penyaman udara dan turunkan tingkap secukupnya supaya bahan api tidak habis begitu sahaja

Juga bacaBahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan

Nak balik kampung? Ini 5 tips MUDAH untuk kabin kereta sejuk beku & 'aircond' tidak rosak! 05

Jadi, inilah 5 tips mudah buat anda menikmati perjalanan jauh yang selesa dan selamat untuk pergi dan balik dari kampung. Mana satu yang anda baru tahu? Yang mana pula anda belum pernah buat?

Juga bacaTips: Bagaimana nak pastikan 'aircond' kereta sejuk dengan cemerlang di musim panas ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda