window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat!

Haris · May 20, 2020 09:00 PM

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 01

Naza Italia telah melancarkan Ferrari F8 Spider di Malaysia dalam debut Asia Tenggara bersama-sama dengan pengenalan model Ferrari 812 GTS. Supercar convertible dari Maranello ini bakal menggantikan model terdahulu, Ferrari 488 Spider. Selain itu, model ini telah dinaik taraf dengan penambahan kuasa dan pengurangan berat.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 01

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Reka bentuk luarannya mirip dengan model F8 Tributo selain daripada bumbung yang boleh dibuka tutup. Bumbung jenis keras yang boleh dilaras (Retractable Hard Top) tersebut boleh dibuka atau ditutup dalam masa 14 saat selagi kereta dipandu pada kelajuan bawah 45 km/j.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 01

F8 Tributo dikuasakan oleh enjin yang sama seperti model Pista 488, menghasilkan 720 PS dan 770 Nm tork berbanding 670 PS / 760 Nm pada model terdahulu.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 02

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi klac berkembar 7-kelajuan. Pecutan 0-100 km/jam pula hanya mengambil masa 2.9 saat dan kelajuan tertinggi boleh mencecah 340 km/j.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 03

Sebagai sebuah kereta convertible, Ferrari telah mengolah semula aspek aerodinamik kereta ini bagi memastikan bahawa angin tidak dapat masuk ke kabin ketika memandu pada kelajuan tinggi. Di samping itu, hal ini juga membantu mengekalkan kestabilan kereta serta membantu menyejukkan enjin.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 04

Berat kering tanpa cecair hanyalah 1,400 kg, ini bermakna model ini 20kg lebih ringan daripada model 488 Spider, dan hanya 20 kg lebih berat daripada 488 Pista Spider yang lebih premium.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 05

Model yang berkuasa tinggi seperti ini mestilah mampu dikawal. Oleh sebeb itu, Ferrari juga telah memperkenalkan sejumlah penambahan tetapan kawalan yang menjadikan pemanduan pada kelajuan tinggi lebih mudah dan konfiden. Anda hanya perlu memetik beberapa suis manettino yang telah ditetapkan dan kereta ini akan melakukan segalanya untuk anda.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 06

Ferrari F8 Spider ditawarkan pada harga pengenalan RM 1,178,000 tidak termasuk cukai, duti, insurans dan tambahan lain. Penghantaran akan bermula pada tahun 2021 kerana terdapat gangguan bekalan di kilang pengeluaran yang berada di Maranello disebabkan oleh wabak Covid-19.

Ferrari F8 Spider dilancarkan di Malaysia. Mampu memecut 0-100 km/j bawah 3 saat! 07

Pelanggan yang berminat boleh mengatur temujanji peribadi dengan pihak Naza Italia bermula 15 Mei hingga 31 Mei 2020.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Ferrari F8 Spider

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda