window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap!

Annie · Nov 20, 2021 12:00 AM

** Artikel ini diterbitkan di WapCar Community dan menceritakan pendapat pengguna kereta itu sendiri (kini diterjemah ke Bahasa Malaysia). Klik pautan di bawah untuk sertai komuniti peminat kereta sejati di Malaysia!
https://forum.wapcar.my


Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 01

Maklumat asas

Honda City RS 1.5L eHEV 2021 GN3

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa saya beli kereta ini?

Saya beli kereta ini kerana saya terdengar tentang HONDA SENSING yang sebelum ini di Segment C berada di Segment B. Tambahan pula, sistem I-MMD Hybrid baru yang kian lama dilancarkan di Jepun mempunyai feedback yang baik jadi saya ingin mencubanya.

Proses pemilihan

  • Bajet saya: RM 100,000 - 120,000
  • Model lain yang saya pertimbangkan: Honda Civic , Hyundai IONIQ

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 01

Sebab-sebab saya memilih kereta ini

Salah satu alternatif kepada ADAS Level 2 ini dengan harga yang lebih kurang sama adalah Hyundai IONIQ Plus, tetapi ia telah dihentikan produksi dan jualan resale Hyundai tidak sebaik jenama Honda.

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 02

Pengalaman saya bersama Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​)

  • Saya telah memandu sejauh 3,800 km
  • Purata penggunaan bahan api ialah 24 km/liter

Sangat selesa, sangat senyap, mempunyai pickup yang baik ketika acceleration dan tidak mempunyai sangkut atau jerking. Penggunaan petrol yang baik dalam RM 70 - 80 untuk full tank dan mampu travel sehingga 800 km - 1000 km mengikut cara pemanduan.
Maintenance dan servis mempunyai kos yang sama dengan Petrol City dengan perbezaan tambah tolak RM 50.
 

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 03

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) saya

Sangat cekap minyak dan efficient. Kadar purata perbelanjaan minyak saya adalah dalam RM70 - 80 berdasarkan harga petrol RON95 dan mampu pergi lebih dari 800 km dengan pemanduan 80 km/j ke 120 km/j. 
Jika mengunakan teknik hypermiling, ia mampu pergi sejauh 1,000 km dan terbukti oleh beberapa owner City RS. Penambahan HONDA SENSING membantu saya dalam perjalanan jarak jauh dan ketika mengantuk. HONDA CONNECT membantu saya memeriksa kenderaan secara online dari segi diagnosis, mengunci kenderaan, memanaskan enjin dan menyejukkan kabin secara online.

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 04

Kekurangan Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) saya

Bonet litre yang kecil sebanyak 100L kurang dari City biasa. Ia juga tiada front sensor untuk parking dan kamera menyebabkan kesusahan untuk parking menghadap muncung kenderaan. Ia juga kurang sistem BSM untuk sebelah kanan pemandu, hanya digantikan dengan LANEWATCH di sebelah kiri pemandu.

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 05

Pemarkahan Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) saya

Jumlah markah: 5
Prestasi: 4
Kualiti dan fitur: 4
Ruang: 4
Keselesaan: 5
Penggunaan bahan api: 5
Harga & kos: 3

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 06

Huraian

Honda City RS 1.5L eHev adalah kereta yang sangat bagus untuk seseorang yang suka memandu di dalam bandar dan perjalanan jarak jauh dan santai. Ia sangat menjimatkan minyak jika dipandu secara santai sekitar 700 - 1000km untuk satu tangki minyak penuh. 
Maksimum perjalanan bagi 1 full tank yang saya dapat ialah 900km dengan 24.3KM/L dan ia masih purata sekitar 23-24KM/L, saya boleh dapatkan lebih dari 24KM/L tetapi saya suka memintas King of the Road yang menjengkelkan. 
Ia juga banyak membantu saya apabila saya letih dan memberi amaran kepada saya serta membantu saya mengemudi steering apabila saya hendak melanggar pembahagi jalan raya. Adakah ia berbaloi untuk 106k? Dengan Honda Sensing dan Honda connect, YA.

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 07

Peristiwa menarik

Peristiwa menarik dengan Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) saya

Banyak peristiwa menarik berlaku. Semasa Ramadhan sebelum raya, saya memandu di tempat letak kereta AEON Shah Alam di tingkat 3 dan terdapat queue panjang untuk masuk ke pintu masuk, saya memandu sejauh 20kmh kemudian terpaksa belok kiri tetapi Honda Sensing menyangka saya akan melanggar pelanggan AEON dan kereta saya brake secara mengejut dan ia menyebab saya rasa terkejut.
Ini juga berlaku kepada saya semasa saya memandu 60kmh kemudian ada sebuah motosikal yang masuk ke persimpangan (itu adalah jalan saya kerana dia perlu menunggu) dan dia "Cilok" ke jalan raya dan kereta saya berbunyi bip dan menggunakan brek sederhana, ia mengejutkan saya tetapi bagi saya, ia masih selamat mengikut pandangan saya tetapi tidak untuk HONDA SENSING CMBS.
Data CMBS akan dihantar kepada Honda untuk RnD dan penalaan yang lebih halus (ditulis pada manual). Harap Honda boleh memperhalusi menjadikannya lebih tepat supaya ia boleh membuatkan saya memandu dengan lebih selamat.


📢📢Announcement:

Setelah membaca ratusan kisah Rebiu Pemilik, adakah anda berminat untuk berkongsi kisah anda sendiri? WapCar dengan berbesar hati ingin menjemput ANDA untuk berkongsi kisah dan pengalaman peribadi tentang kereta kesayangan anda sendiri!

Rebiu Pemilik: Honda City RS 1.5L eHEV 2021 (GN3​) - jimat minyak, Honda Sensing mantap! 08

Anda juga mungkin berpeluang untuk menerima cenderahati istimewa daripada WapCar! Daftar sekarang untuk dapatkan maklumat lanjut dan staf dari WapCar sendiri akan menghubungi anda selepas pendaftaran berjaya dibuat. Jom!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
Car for sale
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Get a deal on your trade in within 24 hours!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Not trading-in?   Sell your car