Perkara ini lebih pasti apabila saudara kembarnya, Daihatsu Xenia turut berhasrat untuk menggugurkan format pacuan roda belakang. Namun begitu, perkhabaran terkini menjelaskan sebaliknya.
Menurut OtoDriver, Daihatsu Xenia yang seterusnya akan mengekalkan format pacuan roda belakang dimana konfigurasi ini telah menjadikan Avanza/Xenia kereta terlaris di Indonesia memandangkan ia lebih sesuai untuk keadaan jalan yang mencabar di sana.
Namun begitu, terdapat juga laporan lain yang menjelaskan bahawa Toyota Avanza baharu akan berpacuan roda depan; sama dengan apa yang pernah kami laporkan.
Kenapa pacuan roda depan?
Untuk maklumat anda, Platform DNGA yang digunakan oleh Daihatsu dan Perodua untuk membangunkan MPV baru (Avanza dan Alza menjadi satu model) dihasilkan untuk konfigurasi pacuan roda depan.
Tambahan pula, DN Multisix Concept yang pernah dipamerkan oleh Daihatsu untuk mempertontonkan idea MPV baru mereka sebenarnya menggunakan konfigurasi pacuan roda depan.
Walau apapun, Toyota dan Daihatsu dikhabarkan akan membuat debut Avanza/Xenia baru pada November 2021. Ini bermaksud Perodua Alza generasi seterusnya akan dilancarkan sekitar jangka masa tersebut.
Pilihan tren kuasa pula berkemungkinan sebuah enjin mild-hybrid dan juga enjin 1.0L turbo.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.