window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin!

Khairil ยท Apr 8, 2021 04:00 PM

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 01

Tiada pungutan mata dan di kedudukan terakhir. Keputusan yang dilakar pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah pada perlumbaan pusingan 2 Moto2 di GP Doha, Ahad lalu itu mungkin mengecewakan namun sokongan yang diterimanya tetap tinggi.

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 02

Beraksi bersama pasukan baharu, NTS RW Racing GP, penampilan Hafizh pada pusingan pertama tidak berjalan seperti diharapkan apabila dia gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah jentera.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan sekalipun berjaya melepasi garisan penamat pada penampilan keduanya, keputusan di kedudukan tercorot, tangga ke-21 sememangnya mahu dielak sekalipun ia diakui Hafizh sendiri ia bagaikan perlumbaan sulungnya bersama jentera NTS.

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 01

"Menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21 bukan sasaran kami, jelas kami mahukan penamat lebih baik. Kami berharap untuk berada di kelompok 15 terbaik, mungkin pada perlumbaan seterusnya di Portugal," kata Hafizh. 

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 02

"Dengan motivasi tinggi pasukan dan diri saya ia sepatutnya mampu dicapai. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan atas kerja keras mereka dan berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka."

Pengurus pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen turut mengakui keputusan yang diraih Hafizh pada perlumbaan berkenaan agak mengecewakan namun ia satu proses pembelajaran yang baik.

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 03

Pengurus pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen (tengah)

"Kami perlu mempelajari sesuatu daripada dua perlumbaan ini dan cuba untuk menjadi lebih baik pada perlumbaan berikutnya di Portugal," kata Janssen. "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami atas kerja keras yang dibuat di sini di Qatar. Tiga minggu ini amat memberi tekanan dan kami tidak sabar untuk menanti perlumbaan seterusnya di Portimao.”

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 04

Sementara itu, sekalipun keputusan yang dicapai Hafizh itu mengecewakan, agak sukar untuk melihat pelumba yang pernah mewakili negara dalam pentas elit MotoGP itu dikritik keras di media sosial. 

Seorang peminat yang juga pengikut Facebook RW Racing GP, Nur Anita Safirah berjanji akan terus memberi sokongan kepada Hafizh dan pasukannya.

"Teruskan lakukan yang terbaik kerana kamu mempunyai pasukan dan peminat yang menyokong kamu dari belakang. Terima kasih kepada pasukan atas kerja keras untuk menyediakan jentera yang baik untuk kami. Kami yakin kamu boleh melakukan yang lebih baik pada perlumbaan berikutnya."

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 05

Sharbini Lukman turut memberi kata-kata semangat. "Tidak sabar untuk melihat prestasi yang lebih baik pada perlumbaan berikutnya. Terus meningkat."

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 06

Syafiq Ebrahim Syafiq berkata: "Terus berjuang. Saya berharap segala usaha yang dicurahkan pasukan akan menghasilkan kejayaan."

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 07

Seorang peminat Hafizh, Zuar Sepol turut berterima kasih kepada Jannsen kerana mempercayai bakat dimiliki Hafizh. "Hi bos Jannsen, jika kamu membaca komen ini, pertama sekali saya mahu berterima kasih kerana percayakan bakat Hafizh."

Tercorot di Doha, peminat tetap beri sokongan padu kepada Hafizh Syahrin! 08

Mohd Fikry pula menggesa agar peminat untuk memberikan komen yang positif kepada pasukan dan pelumba pasukan berkenaan. "Kami tahu mereka bekerja keras untuk meraih yang terbaik. Semoga berjaya. Terus meningkat dan jangan sesekali mengalah."

Sumber imej: Facebook RW Racing GP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda