window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136!

Khairil · Mar 24, 2021 04:00 PM

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 01

Suzuki Motor Thailand secara rasminya melancarkan jentera 'Sportbike' terbarunya, Suzuki Gixxer SF 250 2021 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang hadir dengan tawaran harga 128,800 baht (RM 17,136).

Direka dengan konsep "Lifestyle Sport Bike" (Gaya Hidup Sportbike), ia menawarkan reka bentuk yang moden buat penggemar jentera 'full fairing' disamping penggunaan teknologi serba canggih dan terkini yang dimiliki Suzuki.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan gaya yang dinspirasi dari Eropah, Gixxer SF 250 2021 didakwa memiliki prestasi yang sesuai untuk kegunaan harian di bandar atau tunggangan hujung minggu bersama rakan-rakan atau konvoi.

Dan paling utama, ia dikatakan memiliki DNA yang diserap daripada motosikal berkuasa tinggi Suzuki.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 01

Menggunakan enjin bersesaran 249.1 cc, 4 Lejang, SOHC, motosikal suku liter ini turut menggunakan teknologi yang dicipta Suzuki ketika bersaing dalam kejuaraan dunia termasuk MotoGP iaitu (Suzuki Oil Cooling System), teknologi yang dikatakan pertama kali dicipta oleh Suzuki.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 02

Selain mengurangan haba daripada pembakaran dalaman enjin, ia juga lebih ringan bagi membolehkan enjin bekerja dengan cekap dan mampu memberikan prestasi maksimum seperti yang diinginkan dalam setiap kelajuan. Selain menjimatkan bahan bakar, ia juga lebih tahan lama dan mudah dijaga.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 03

Rekaan lampu depan tampak ringkas namun tetap sporty dengan penggunaan lampu jenis LED bagi memberikan pencahayaan jelas tidak kira pada malam atau siang. Paparan panel meter pula adalah dari jelas digital LCD penuh pelbagai informasi.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 04

Bagi memudahkan pengguna, sistem penghidup pintar turut digunakan dan dari sudut keselamatan, ia menggunakan brek cakera depan bersaiz 300 mm yang mirip jentera berkuasa tinggi dengan angkup dari jenama BYBRE By Brembo di bahagian depan.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 05

Bagi menambahkah keyakinan, jentera dengan berat 160 kg ini turut datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di kedua-dua brek depan dan belakang.

Suzuki Gixxer SF 250 2021 serba baharu dilancar di BIMS Thailand 2021, harga RM 17,136! 06

Apa yang pasti, kehadiran Suzuki Gixxer SF 250 2021 jelas sesuatu yang amat dinanti-nantikan peminat Sportbike suku liter di negara Gajah Perang itu yang sebelum ini hanya memperoleh GSX-R150.

Bagaimana pula di negara kita? Hanya Suzuki Motor Malaysia boleh menjawabnya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda