TC Subaru Sdn Bhd hari ini baru sahaja melancarkan Subaru Forester GT Lite Edition 2021 di Malaysia secara rasmi. Ia berharga dari RM 163,788 (atas jalan, tanpa insurans).
Seperti sebelum ini, SUV segmen C ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Untuk maklumat anda, Subaru Forester bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Volkswagen Tiguan, dan Proton X70.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Diasaskan oleh varian 2.0i-L, GT Lite Edition hadir dengan kit badan GT yang merangkumi skirt depan, sisi, dan belakang. Malah ia turut hadir dengan muncung ekzos GT yang unik.
Pada bahagian dalam, ciri dan kelengkapan pada varian GT Lite Edition sebenarnya sama dengan varian 2.0i-L. Maka itu, ia hadir dengan ciri seperti:
- Infotainment sesentuh 8 inci dengan 6 pembesar suara
- Kerusi kulit
- Pelarasan elektronik 8-hala untuk kerusi pemandu dan penumpang depan
- 7 beg udara
- Kawalan kestabilan
- Kawalan cengkaman
- Peletak kerusi bayi ISOFIX
- Kamera 360-darjah
Namun begitu, varian ini tidak hadir dengan sistem ADAS Subaru EyeSight.
Menurut pengurus TC Subaru Sdn Bhd, Subaru Forester GT Lite Edition diperkenalkan khusus untuk mereka yang mahukan ciri komprehensif tetapi pada harga yang lebih rendah daripada GT Edition.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });