window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula?

Faisal Ā· Apr 28, 2022 10:00 AM

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 01

  • SUV Honda misteri diintip di Jepun sekali lagi
  • Bahagian belakangnya kini lebih jelas
  • Adakah Honda akan tawar di Jepun sebuah SUV yang berasaskan Civic?

Setelah memperkenalkan HR-V generasi baru (siri RV), Honda nampaknya sedang membangunkan satu lagi crossover untuk mencabar penawaran SUV Toyota.

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 02

Honda HR-V untuk pasaran Amerika.

Baru-baru ini, kelibatnya dijumpai di Jepun buat kali kedua. Gambar yang dimuat naik oleh Creative311 ini agak sukar untuk dicam tetapi tekaan kami adalah kedua-dua samaran ini betul-betul merujuk pada Honda HR-V yang berasaskan Civic.

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 03

Caption: Instagram dagu dushi.

Menariknya, intipan di Jepun ini datang dengan dua ekzos, manakala di Amerika hanya ada satu iaitu belah kanan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda perasan, bahagian belakangnya nampak betul-betul iras dengan gambar rasmi yang telah Honda perlihatkan..

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 01

Model yang eksklusif untuk pasaran Amerika ini agak lain dan lebih besar daripada HR-V global yang berasaskan Honda City. Di Jepun, model sekarang dijual sebagai Honda Vezel.

Jadi, adakah Honda berancang untuk memperkenalkan semula HR-V ke pasaran Jepun?

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 02

Lain kan Honda HR-V Amerika?

Untuk pengetahuan anda, strategi yang sama telahpun dibuat pada Toyota Corolla Cross yang mana ia diasaskan oleh platform TNGA-C yang diguna pada Corolla Altis. Secara tidak langsung, Corolla Cross mempunyai tahap praktikaliti yang lebih hebat berbanding Toyota C-HR.

Juga bacaHonda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross?

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 03

Boleh ke Honda masukkan satu lagi SUV dalam barisan mereka?

Di Jepun, barisan SUV Honda sekarang terdiri daripada Honda Vezel (HR-V) dan CR-V. Berdasarkan laporan sebelum ini, SUV yang berasaskan Civic ini akan diposisikan antara Honda HR-V / Vezel dan CR-V.

Spyshot: Honda HR-V 2022 USA yang berasaskan Civic bakal tiba di pasaran Jepun pula? 04

Sebagai konteks, Honda HR-V berukuran 4,330 mm panjang, manakala Corolla Cross pula pada 4,460 mm. Nampaknya, masih ada ruang yang boleh Honda guna untuk selitkan satu lagi SUV baru di dalam barisannya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda