window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: 2022 Hyundai Tucson generasi baharu tanpa seurat benang diintip di Malaysia!

Haris Β· Apr 12, 2022 02:30 PM

Spyshot: 2022 Hyundai Tucson generasi baharu tanpa seurat benang diintip di Malaysia! 01

Nampaknya kita selangkah lagi menghampiri pelancaran Hyundai Tucson 2022 generasi keempat serba baharu kerana SUV segmen C itu kini telah dikesan di Malaysia.

Rakan media di Funtastiko telah menerima maklumat daripada pembaca yang terjumpa SUV itu semasa dia menghantar kereta isterinya di pusat servis.

Spyshot: 2022 Hyundai Tucson generasi baharu tanpa seurat benang diintip di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di kalangan negara ASEAN, Hyundai Tucson generasi keempat ini hanya dijual di Vietnam setakat ini.

Di Vietnam, versi yang dijual ialah model dengan jarak roda yang lebih panjang (Long Wheel Base), pada ukuran 2,755 mm. Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) berkemungkinan besar juga akan mengikut jejak langkah itu dan menjual model LWB ini di Malaysia agar seiring dengan model-model ASEAN sedia ada.

Baca: Hyundai Tucson generasi baharu debut ASEAN - 3 pilihan enjin, LWB, Malaysia bakal menyusul!

Spyshot: 2022 Hyundai Tucson generasi baharu tanpa seurat benang diintip di Malaysia! 01

Di Vietnam, Tucson boleh didapati dalam empat varian dan tiga enjin; enjin 2.0 liter NA Smartstream diesel (186 PS/ 416 Nm), enjin 2.0 liter NA petrol (156 PS/ 192 Nm), dan enjin 1.6 liter turbocaj T-GDi petrol (180 PS/ 265 Nm).

HSDM berkemungkinan besar hanya akan menjadikan enjin 2.0 liter petrol dan enjin 1.6 liter turbocaj tersedia di Malaysia. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menolak pilihan hibrid memandangkan profail produk Sime Darby yang kini cenderung ke arah kenderaan dengan sedikit tujahan elektrifikasi.

Baca: Sime Darby Motors mahu tingkatkan jumlah kereta elektrik (EV) Malaysia, kerjasama dengan TNB

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Hyundai Tucson 1.6 T-GDI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda