Hyundai Sime Darby Malaysia sedang bersedia untuk melancarkan Hyundai Kona pada bulan Oktober. Bagi peminat kereta Korea, ini adalah SUV segmen B yang bakal menyaingi kereta Jepun seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3. Tempahan untuk model ini sudah bermula, ketahui maklumat lanjut di sini.
Walaupun belum ada spesifikasi rasmi oleh Hyundai Malaysia, kami telah menerima spesifikasi berikut daripada sumber yang boleh dipercayai. Sebagai pengenalan, Hyundai Kona akan menerima 3 varian yang dinamakan 2.0 Standard, 2.0 Mid dan 1.6 T-GDI High.
Jika apa yang diperkatakan ini benar, Hyundai Kona bakal menerima 2 jenis enjin. Enjin untuk varian pengenalan dan pertengahan adalah enjin 2.0 liter petrol dengan gandingan transmisi torque converter 6-kelajuan automatik. Enjin ini mampu menjana sebanyak 150 PS kuasa kuda dan 180 Nm tork.
Enjin kedua adalah enjin 1.6 liter petrol berkuasa turbo yang dipadankan dengan transmisi dwi klac 7 kelajuan automatik. Enjin ini menjana sebanyak 177 PS kuasa kuda dan 265 Nm tork. Ini adalah enjin bagi pilihan varian paling atas.
Selain dari spesifikasi tren kuasa, kami juga dapat mengesahkan bahawa varian 1.6 T-GDI iaitu varian paling atas akan menerima suite bantuan pemandu (ADAS) Hyundai Smart Sense. Suite ini merangkumi ciri-ciri seperti
Selain daripada suite ADAS penuh, Hyundai Kona juga bakal dilengkapi dengan tempat duduk pemandu elektrik 8-posisi boleh laras, pad pengecas tanpa wayar Qi dan paparan HUD. Dengan kesemua spesifikasi tersebut, Hyundai Kona 1.6 TGDI High akan menjadi SUV segmen B yang paling sarat dengan ciri-ciri di Malaysia. Berbaloi bukan?
Setakat ini, hanya harga Hyundai Kona yang menjadi tanda tanya paling utama. Laman web Hyundai menyenaraikan Hyundai Kona bermula dengan harga RM 11x,xxx. Kami percaya Hyundai Kona mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo
Upgrade
Add your car