Sementara menunggu pelancaran Smart #1 di Malaysia pada suku keempat tahun 2023, tempahan untuk model tersebut kini telah dibuka di aplikasi rasminya iaitu Hello Smart.
Model ini boleh ditempah berserta deposit RM 1,000 yang boleh dikembalikan melalui aplikasi tersebut dan bayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau debit. Aplikasi ini tersedia untuk peranti Android, Apple, dan Huawei.
Kereta ini juga boleh ditempah melalui laman web EON, pautan disediakan di sini.
Aplikasi ini juga memberikan tanggapan positif dari awal lagi; dengan antaramuka yang mudah dibaca dan lancar, penyediaan butiran seperti maklumat pengedar, serta nombor telefon untuk kecemasan. Tambahan pula, aplikasi ini turut memaparkan peta pengecas lengkap dengan harga dan maklumat pengecas.
Aplikasi Hello Smart menyediakan maklumat mengenai spesifikasi kereta elektrik (EV) ini untuk pasaran negara kita. Smart #1 tampil dengan dua varian; Premium dan Brabus yang dipertingkatkan.
Varian Premium dikuasakan oleh bateri NMC 66 kWh yang menghantar kuasa ke motor elektrik tunggal belakang (RWD) sehingga 272 PS/343 Nm. Jarak tempuhnya yang dinyatakan ialah 440 km berdasarkan ujian WLTP.
Spesifikasi asas yang dikongsi termasuk gril hadapan bercahaya khas dan lampu hadapan LED matrix. Tujuh warna badan kereta boleh dipilih, tetapi kabin terhad kepada satu kombinasi rona hitam-putih sahaja yang diberi gelaran Dark Matter.
Ia juga dilengkapi dengan sistem audio Beats (berserta 13 pembesar suara), pengecasan tanpa wayar Qi, skrin infohibur 12.8 inci, dan paparan βhead-upβ. Kerusi boleh dilaraskan secara elektronik, lengkap dengan pengudaraan, dan terdapat juga bumbung kaca elektronik.
Juga baca: Smart #1 jalani 12,000 ujian domestik, diuji khusus untuk keperluan di Malaysia
Bagi varian lebih premium iaitu Brabus pula, ia dipasang dengan bateri sama jenis Li-Ion 66 kWh. Tetapi, jarak tempuhnya lebih pendek sedikit iaitu 400 km berdasarkan ujian WLTP. Pecutan 0-100 km/j direkodkan pada 3.9 saat, disalurkan dari dua motor elektrik 428 PS/543 Nm (pacuan empat roda).
Ia juga didatangkan dengan 7 warna badan, namun kabin Brabus tampil lebih unik dengan perincian merah.
Juga baca: Pandang pertama luaran EV Smart #1 di Malaysia, pelancaran Q4 2023
Tengok gambar saja tak puas, kan?
Anda patut lihat dan cuba sendiri EV Smart #1 di Setia Alam Convention Centre pada hujung minggu ini, 1 - 3 September 2023 dari jam 10 pagi - 8 malam. Temui Smart #1 dan banyak lagi model lain di Carlist.my DRIVE Auto Fair, dimana anda boleh membawa pulang hadiah menarik dan dapatkan tawaran menarik. Daftarkan minat anda di sini untuk berpeluang memenangi Soundstream Anzuo Android Car Player bernilai RM 2,688!
Juga baca: Nak jimat beli kereta? Promo terbaik Honda, Mazda, BMW, Smart, Mitsubishi, Kia, Suzuki, Ora dan banyak lagi di Carlist Drive Auto Fair