window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya

Khairil · Mar 14, 2021 06:00 PM

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 01

Ketika menunggang, pernahkah terdengar brek cakera motosikal anda mengeluarkan bunyi 'bising' atau tidak sepatutnya? Sebagai penunggang yang bijak, ia bukan perkara yang remeh tetapi perlu diberi perhatian.

Ini kerana brek adalah komponen penting untuk motosikal anda dan jika ia tidak berfungsi seperti sepatutnya, tragedi boleh berlaku.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 02

Sumber imej: RideApart

Secara asasnya, sistem brek dicipta untuk tujuan keselamatan bagi menghentikan, melambatkan kelajuan kenderaan. Justeru, ia perlulah dijaga dengan baik bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan sempurna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada motosikal masa kini iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Begitupun, rata-rata motosikal moden menggunakan sistem hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 01

Secara asasnya pula, sistem brek hidraulik berfungsi apabila cakera brek dikepit oleh pelapik brek yang digerakkan melalui sistem bendalir dalam takungan silinder utama.

Jadi, jika ia bermasalah dan mengeluarkan bunyi pelik dan sebagainya, ada beberapa komponen dalam sistem berkenaan yang perlu diteliti.

Dan berbalik kepada persoalan utama apakah puncanya, ini yang kami dapat kongsikan. Semoga bermanfaat.

Pelapik brek (Brek pad)

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 02

Secara umumnya, ramai beranggapan bunyi yang terhasil daripada brek adalah disebabkan oleh pelapik brek yang sudah haus. Dan ia tidak salah.

Secara teori, kadar kehausan ketebalan brek yang dibenarkan adalah tidak kurang dari 2 milimeter. Jika tidak, hujung klip akan bergesel menyentuh cakera brek dan akan menghasilkan bunyi. Dan jika tidak ditukar, ia boleh menipiskan dan merosakkan cakera brek itu sendiri.

Selain itu, bunyi turut terhasil jika anda menggunakan pelapik brek yang keras kerana ia mengandungi bahan logam berlebihan atau campuran bahan daripada batuan yang keras. Ia bergantung kepada jenama pelapik brek itu sendiri.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 03

Penggunaan pelapik brek yang tidak dapat berfungsi dengan baik ketika suhu tinggi atau rendah turut menjadi punca bunyi asing terhasil. Malah pelapik brek berkarat dan terdapat kekotoran antara permukaan pelapik brek dengan cakera brek juga menjadi salah satu sebab kedengaran bunyi ketika membrek.

Kebanyakkan pelapik brek dilengkapi dengan sejenis klip yang berfungsi memberi amaran bahawa pelapik brek perlu ditukar dengan segera.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 04

Justeru, jika anda terdengar bunyi kecil setelah menukar pelapik brek baru, ia bukan masalah besar. Selepas menggunakan motosikal anda dalam tempoh tertentu, bunyi tersebut akan hilang.

Sebagai tambahan, penggunaan brek pad tiruan juga boleh mendatangkan kesan yang sama.

Cakera brek

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 05

Permukaan cakera yang tidak rata, sumbing atau rosak boleh menyebabkan brek anda mengeluarkan bunyi apabila anda membrek.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan cakera menjadi tidak rata seperti masalah karat atau kotor. Begitupun, kegagalan pemilik untuk menukar pelapik brek juga boleh menjadi penyebab.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 06

Selain mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya, kerosakan itu turut membuatkan proses membrek menjadi tidak sempurna. Selain itu, masalah bunyi juga boleh berlaku jika logam cakera itu sendiri terlalu keras atu sudah terlalu nipis. Apa yang boleh dibuat ialah tukar jika sudah rosak dan andai masih boleh digunakan, licinkan kembali cakera brek berkenaan.

Angkup (Caliper)

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 07

Komponen ini berfungsi dengan menjadi pemegang pelapik brek dan seterusnya menggerakkan pelapik brek menekan cakera ketika menekan brek.

Secara teori, apabila angkup tidak diganti baru apabila usianya melebihi 10 tahun, ia akan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik atau menjadi longgar. Justeru, ia akan wujudkan rasa gegaran ketika menekan brek dan terhasilnya bunyi. Selain itu, angkup yang berkarat dan bergetar juga boleh menyebabkan bunyi terhasil.

Komponen dalaman brek

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 08

Selain tiga komponen utama di atas, masalah seperti karat atau longgar membabitkan pelbagai komponen lain yang terdapat pada sistem brek contohnya suspensi brek nat, skru brek boleh mengakibatkan bunyi berlaku.

Kesimpulan

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 09

Sumber imej: Wallpaperflare

Sebagai antara komponen paling penting pada motosikal, sistem brek perlulah sentiasa berada dalam keadaan optimum. Selenggara mengikut jadual atau sekurang-kurangnya periksa dan lihat sendiri kondisi brek anda.

Jika sistem brek anda bermasalah (ada pelbagai lagi punca), anda harus mencari punca masalah itu dengan teliti dan sekiranya ia benar-benar mengalami kerosakan, segeralah perbaiki sebelum ia melarat.

Risau brek cakera motosikal anda 'bising'? Ini antara puncanya 10

Sumber imej: Motorcyclist

Selain ia dapat memberikan keselesaan dan ketenangan jiwa, ia juga dapat menjamin keselamatan anda ketika menunggang.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda