Perodua Kenari terbakar, padah biarkan enjin hidup ketika isi minyak?
Haris ยท Apr 6, 2021 03:00 PM
0
0
Seorang pemilik Perodua Kenari mengalami detik cemas apabila kereta miliknya terbakar ketika mengisi minyak. Kejadian tersebut berlaku di Stesen Minyak Petron ML1.5 Sandakan dan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Beberapa orang pekerja stesen minyak dilihat turut cuba membantu mangsa untuk memadamkan api yang telah menyambar ke bahagian sisi kenderaan. Mangsa pula kelihatan telah mengesan kebakaran yang bermula pada bahagian bawah enjin dan cuba memadam api tersebut dengan air.
Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku. Beberapa komen awal mendakwa punca kebakaran adalah disebabkan oleh enjin hidup ketika mengisi minyak.
Punca lain yang dikatakan boleh berlaku adalah nyahcas elektrostatik yang mungkin memulakan percikan api yang menjadi punca kebakaran. Sumber: Info Roadblock JPJ Polis
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.