window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk

Mersita · Oct 19, 2020 05:00 PM

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 01

Sebelum kita mulakan, kami ingin jelaskan yang kami sedar Proton Exora dan Perodua Aruz bukanlah berada dalam segmen yang sama – Aruz ialah SUV manakala Exora pula MPV. Tapi, kami ingin buat perbandingan ini kerana kedua-duanya adalah kenderaan 7 tempat duduk dan ia berada dalam lingkungan harga yang lebih kurang sama – Aruz bermula dari RM 72,900 dan Exora dari RM 59,800 (dengan SST).

Mungkin anda terfikir - Bukankah Perodua Alza sepatutnya jadi perbandingan yang lebih sesuai dengan Proton Exora? Penjelasannya pula ialah walaupun Alza juga boleh memuatkan 7 orang, tetapannya lebih menjurus kepada 5+2 berbanding dengan tetapan 7 tempat duduk yang sebetulnya seperti Aruz dan Exora. Tambahan pula, MPV Alza ini dijual pada harga yang jauh lebih rendah – bermula dari RM 49,944.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan rekaan ini, kenderaan 7 tempat duduk yang lebih besar menawarkan ruang yang lebih berguna di barisan ketiga – membuatkannya pilihan yang lebih baik bagi mereka yang betul-betul mahukan 7 tempat duduk yang boleh memuatkan penumpang.

Apa-apapun, mari kita bandingkan dahulu kedua-dua ‘7 seater’ ini.

MPV veteran yang kekal berada di pasaran

Sedar tak sedar, Proton Exora sudahpun berada di pasaran selama 11 tahun dan ia belum lagi menerima pengganti model serba baharu.

Walaupun Proton sudah berusaha untuk menaiktaraf Exora dengan beberapa penambahan kecil sepanjang kewujudannya – contohnya rupa bentuk yang diperbaharui dan sistem infotainmen baru – MPV nasional veteran ini masih lagi tampak lama.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 01

Disamping itu, Perodua Aruz pula dilancarkan pada awal tahun 2019. Selain daripada menawarkan produk serba baru untuk pelanggan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan moden seperti ASA 2.0 Perodua.

Pengendalian – Exora boleh buat lengan anda ‘sado’

Selalunya, mana-mana kenderaan 7 tempat duduk tidak menawarkan pengalaman pemanduan yang sangat-sangat bagus. Perodua Aruz dan Proton Exora tidak terkecuali dalam hal ini.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 02

Luaran Perodua Aruz

Jika dibandingkan, Aruz lebih senang dipandu berbanding Exora. Stereng hidraulik Exora sering digambarkan sebagai berat dan tidak begitu responsif. Sterengnya tidak mempunyai maklumbalas yang mencukupi, dan ini membuatkannya sukar untuk diparkir berbanding Aruz.

Manakala bagi Aruz pula, tetapan pacuan roda belakangnya membolehkan radius pemusingan yang lebih kecil (5.2 m berbanding 5.4 m pada Exora) – membuatkan Aruz lebih mudah untuk diparkir.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 03

Luaran Proton Exora

Tapi, perlu diingatkan yang stereng berat tidak semestinya menjadi satu kekurangan kerana apabila diambil kira pemanduan di lebuhraya, Exora adalah pilihan yang lebih selesa.

Enjin – Enjin Aruz ditala dengan lebih baik

Pada aspek inilah dimana umur Exora terserlah. Proton belum lagi menaiktaraf enjin MPV tersebut sejak 2011 apabila syarikat tersebut menambah pengecas turbo supaya enjinnya ada kuasa lebihan.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 04

Tapi malangnya, walaupun dengan adanya turbo, enjin 1.6 liter itu masih terasa semput disebabkan oleh badannya yang berat. Dipadankan pula dengan CVT yang lembab, Exora bukanlah kereta yang selesa dipandu di jalan yang berselekoh.

Enjin ‘naturally aspirated’ 1.5 liter di dalam Aruz pula telah ditala untuk pemanduan yang menyenangkan dan bukannya pemanduan dinamik.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 05

Satu lagi sebab mengapa Exora lebih selesa dipandu di lebuhraya berbanding Aruz ialah erana Perodua telah menala nisbah gearnya untuk mengutamakan pembawaan beban berbanding peluncuran di lebuhraya.

Perkara ini membuatkan enjin Aruz lebih bising – enjin lebih bising bermaksud bunyi di dalam kabin juga tinggi – dan ini menyebabkan Aruz untuk memakan lebih banyak minyak pada kelajuan tinggi di lebuhraya.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 06

Keselesaan secara keseluruhan – Bergantung pada kegunaan

Faktor paling utama apabila hendak membeli kereta keluarga 7 tempat duduk ialah tahap keselesaan. Antara Aruz dan Exora, bentuk MPV Exora membuatkannya lebih selesa dan praktikal berbanding Aruz.

Bagi Aruz pula, penumpang dewasa di barisan ketiga punyai ruang kaki yang cukup-cukup saja. Oleh itu, kami tak sarankan mereka yang berbadan tinggi untuk duduk di barisan ketiga Aruz dalam perjalanan jauh.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 07

Nak masuk ke barisan ketiga di dalam Aruz juga bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun kerusi barisan kedua boleh diturunkan, proses keluar masuk untuk barisan ketiga masih lagi sukar.

Bagi Exora pula, ia dilengkapi dengan kemudahan satu-sentuh untuk melipat kerusi barisan tengah supaya proses keluar masuk kereta lebih menyenangkan.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 08

Yang pastinya, apabila kita bincangkan proses keluar masuk kereta secara menyeluruh, Exora lebih mudah bagi kanak-kanak dan warga emas kerana badannya yang rendah.

Ketinggian Aruz iaitu 220 mm (Exora: 155 mm) mungkin berguna untuk insiden seperti banjir kilat, tapi ia boleh membuatkan Aruz menjadi pilihan yang kurang menarik untuk kanak-kanak dan warga emas yang hendak keluar masuk kereta.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 09

Walaupun Aruz tiada fungsi lipatan kerusi satu-sentuh seperti Exora, SUV tersebut menawarkan banyak kemudahan lain seperti pembaca tol yang dibina-dalam serta sistem ‘start-stop’ Eco Idle untuk penjimatan minyak yang lebih baik.

Infotainmen – Exora kata "Hi Proton"

Pada tahun 2019, Proton Exora diberi sistem infotainmen GKUI yang serba baru. Sama seperti saudara Protonnya yang lain, Exora Premium kini didatangkan dengan monitor skrin sentuh 7 inci yang mempunyai arahan suara “Hi Proton”, fungsi strim muzik atas-talian, navigasi atas-talian, dan macam-macam lagi.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 10

Infotainmen Proton juga boleh disambung dengan 4G dan WiFi supaya anda boleh ‘online’ dimana saja anda berada.

Aruz juga dipadatkan dengan skrin sentuh 7 inci tapi ia terhad hanya untuk sambungan Bluetooth dan Perodua SmartLink (Mirror Link) untuk Android. Walaupun ia juga mempunyai navigasi dibina-dalam seperti Exora, navigasi Aruz tidak memberi maklumat tentang keadaan trafik di sepanjang perjalanan anda.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 11

Keselamatan dan kemudahan – Exora yang semakin tua kekurangan dalam hal ini

Apabila Exora mula-mula diperkenalkan pada 2009, sistem keselamatan seperti AEB dan ESC bukanlah satu kewajipan untuk masa itu. Oleh itu, 2 beg udara dianggap mencukupi.

Walaupun ESC ditambah pada MPV itu semasa ia melalui naiktaraf, Proton nampak gayanya tidak berkenan untuk menambah lebih banyak beg udara di dalam MPV tersebut. Ia satu perkara yang menghairankan kerana Exora dipasarkan sebagai sebuah kereta keluarga.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 12

Bagi Aruz pula, bukan sahaja ia dilengkapi dengan 6 beg udara, ia juga kereta pertama Perodua untuk dipadatkan dengan sistem ASA 2.0 yang dinaiktaraf dan ia merangkumi sistem seperti Pre-collision Warning, Pre-Collission Braking, Front Departure Alert, dan juga Pedal Misoperation Control.

Oleh itu, pembeli bukan saja boleh menikmati sistem seperti VSC dan kawalan cengkaman, mereka juga diberi suite asas ADAS dari Perodua serta ‘dashcam’ dibina-dalam.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 13

Kesimpulannya

Exora tampak seperti pilihan yang lebih selesa untuk membawa 7 penumpang manakala Aruz pula adalah pilihan yang lebih selamat dengan adanya teknologi keselematan yang lebih moden. Secara amnya, kemudahan/praktikaliti setiap kereta bergantung kepada kegunaan atau keperluan anda bagi pemilihan kereta 7 tempat duduk.

Jika anda mencari sebuah kereta untuk membawa keluarga dengan kanak-kanak dan warga emas ataupun anda mencari kereta 7 tempat duduk dengan teknologi infotainmen moden, Exora boleh jadi pilihan tepat anda kerana keselesaan dan kemudahannya.

Perodua Aruz vs. Proton Exora: Perbandingan kereta 7 tempat duduk 14

Tapi, jika keselamatan jadi keutamaan anda, Aruz yang dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan moden dan badannya yang tinggi untuk mengharungi banjir boleh jadi pilihan terbaik anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda