Selamat Hari Polis yang ke-124! Bersempena dengan hari ini, nampaknya pihak Polis Di Raja Malaysia turut menerima beberapa buah unit motosikal baharu untuk kegunaan anggotanya.
Selamat Hari Polis yang ke-124! Bersempena dengan hari ini, nampaknya pihak Polis Di Raja Malaysia turut menerima beberapa buah unit motosikal baharu untuk kegunaan anggotanya.
Beberapa keping gambar yang dapat dikongsikan di sini menyaksikan ‘kuda putih’ terbaru untuk pihak PDRM. Model baharu ini adalah model Yamaha FJR1300 ini dipercayai unit tambahan di samping unit motosikal PDRM yang lain.
Yamaha FJR1300 dikuasakan oleh enjin empat silinder bersesaran 1,298 cc dengan 16 injap sejukan cecair. Enjin ini turut digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Ia juga mampu menjana sehingga 141 hp kuasa kuda dengan 134 Nm tork. Kesemua ini dapat diterjemahkan dengan kelajuan maksimum sebanyak 200 km/j.
Dengan adanya jentera baharu ini, semoga tugas-tugas pihak Polis dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar. Selain itu, pihak Polis juga mempunyai beberapa model lain seperti Kawasaki Ninja 300, Honda ST 1300 dan BMW R1250 GS untuk UTK (Unit Tindakan Khas).
Bacaan Lain:
Unit Tindakan Khas UTK PDRM terima BMW R1250GS!
Toyota Hilux jadi pilihan terbaru kontinjen Polis Johor, ganti Land Rover lama!
TDM peroleh 180 unit Scrambler Kawasaki KLX 250 perkasa Op BENTENG
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Honda City 1.5L e:HEV RS
Upgrade
Add your car