window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta?

Faisal ยท Nov 8, 2020 12:00 PM

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 01

Mesti anda adalah orang yang paling gembira setelah menjumpai kereta terpakai yang diidamkan selama ini, bukan? Bayangkan senario ini; pemeriksaan teliti sudah dibuat oleh mekanik pilihan anda, malah urusan penyerahan hak milik melalui Puspakom pun sudah selesai. Tengok-tengok, sejarah saman kereta tersebut belum diperiksa lagi?

Menariknya, inilah langkah yang sering dilupai sewaktu proses pembelian kereta terpakai. Dengan itu, pembeli kereta terpakai sering ditahan oleh pihak polis atau JPJ kerana pemilik terdahulu mempunyai saman yang tertunggak.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkara ini sebenarnya boleh melengahkan proses pertukaran hak milik dan membazirkan masa anda ke cawangan JPJ selama ini kerana kereta tersebut masih belum menjadi milik anda sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anda, amat mudah untuk memeriksa rekod saman pada kereta tertentu sekiranya anda layari ke laman sesawang kerajaan yang disediakan dan melihat kepada urusan yang berkaitan.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 01

Antara laman yang sering digunakan ialah platform MyEG Services Berhad. Melalui laman ini, anda boleh memeriksa pelbagai saman seperti saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis trafik (PDRM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Untuk itu, anda hanya perlu mendaftar akaun MyEG secara percuma untuk mendapatkan informasi yang anda mahukan.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 02

Imej: Facebook rasmi PDRM

Selain itu, anda juga boleh layari platform Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK). Laman ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan orang awam untuk berinteraksi dengan portal kerajaan.

Seperti laman MyEG, RILEK juga membenarkan anda untuk memeriksa saman JPJ, PDRM, dan DBKL. Anda hanya perlu mendaftar sebuah akaun untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 03

Sekiranya pendaftaran akaun maya terasa leceh, anda boleh ke laman sesawang JPJ sendiri untuk memeriksa rekod saman. Namun begitu, laman tersebut tidaklah tepat sepenuhnya kerana ia memerlukan sokongan plug-in untuk mendapat pengalaman laman sesawang yang penuh.

Tambahan pula, laman sesawang sebegini selalunya memerlukan anda untuk memasukkan nombor kad pengenalan pemilik yang dahulu untuk melakukan pemeriksaan rekod saman. Sekiranya anda tiada butiran tersebut atau pembelian dilakukan di pengedar kereta terpakai, anda sebenarnya boleh mendapatkan informasi dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan melalui servis SMS PDRM.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 04

Anda hanya perlu menaip POLIS SAMAN [nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran kenderaan] dan hantarkan kepada 32728. Setiap balasan SMS akan dikenakan RM 0.50.

Jika SMS anda dibalas dengan rekod saman yang belum diselesaikan, anda boleh menaip POLIS SAMAN [nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran kenderaan] [Email anda] sekiranya anda mahukan butiran tersebut.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 05

Walau bagaimanapun, servis ini hanyalah untuk saman PDRM.

Sehingga kini, petua yang kami lampirkan hanyalah untuk saman trafik. Saman parkir (parking) oleh Majlis Perbandaran pula adalah perkara yang berlainan.

Panduan kereta terpakai - Macam mana nak periksa saman kereta? 06

MyEG hanya membenarkan anda untuk memeriksa saman daripada DBKL. Mereka tidak memeriksa saman daripada Majlis Perbandaran seperti MBPJ dan MPSJ. Oleh itu, anda digalakkan untuk memeriksa saman di laman sesawang Majlis Perbandaran masing-masing.

Kini, anda hanya perlu melengkapkan satu langkah sahaja lagi sebelum membeli kereta terpakai iaitu memeriksa rekod saman kereta tersebut. Selamat membeli!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda