window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora?

Haris Β· Dec 24, 2022 02:00 PM

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 01

Nissan Serena S-Hybrid generasi C27 telah dilancarkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2018 sebagai pengganti kepada model C26 dan ia memperkenalkan beberapa kemas kini berbanding model terdahulu.

Lonjakan kelengkapan terbesar berbanding Serena C26 ialah tawaran beg udara sisi dan tirai, meningkatkan jumlah kiraan beg udara kepada enam. Naik taraf ini agak signifikan berbanding 2 beg udara yang ditemui dalam Serena C26.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trenkuasa dibawa alih daripada model terdahulu, enjin 4-silinder 2.0 liter aspirasi semula jadi MR20DD petrol yang menghasilkan 150 PS dan 200 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT Xtronic daripada Nissan.

Seperti model terdahulu, Nissan Serena C27 menampilkan sistem S-Hybrid yang akan kita ulas kemudian.

Varian Nissan Serena S-Hybrid C27 di Malaysia

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 01

Ketika pelancaran, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan dua varian Nissan Serena C27 di sini iaitu Highway Star dan Premium Highway Star. Harga bermula dari RM 135,500 untuk Highway Star dan RM 147,500 untuk Premium Highway Star.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 02

Beberapa bulan kemudian, ETCM memperkenalkan Nissan Serena C27 dengan kit badan J Impul. Dengan tambahan +RM 6,000 berbanding varian Premium Highway Star, varian J Impul menambah perincian krom pada bahagian luar, rim aloi 18-inci yang lebih besar, dan tempat duduk kulit coklat moka dengan corak kuilt.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 03

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kesemua varian Serena C27 di Malaysia menerima teknologi S-Hybrid, yang terhasil daripada motor 1.8 kW Eco Motor (Motor Kawalan Tenaga) yang berfungsi sebagai alternator dan pemangkin penghidup enjin. Eco Motor tersebut dicas semula apabila kereta meluncur untuk mengurangkan penggunaan bahan api.

Berbanding dengan hibrid sebenar yang mengecas semula menggunakan brek regeneratif, Eco Motor hanya mengecas tenaga yang sedikit.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 04

Memandangkan Eco Motor juga berfungsi sebagai motor penghidup, ia mampu memberikan bantuan tork 48 Nm kepada aci engkol melalui takal tali sawat, dalam tempoh sehingga 1 saat ketika keadaan pegun.

Eco Motor tidak boleh dianggap sebagai micro-hybrid atau mild-hybrid kerana Eco Motor sendiri tidak memacu roda secara langsung.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 05

Kit standard termasuk 6 beg udara yang disebutkan di atas, tujuh port USB, pintu gelangsar dwi kuasa dengan bukaan bebas tangan, pintu belakang terbuka belah, lampu depan LED, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup mula, penyaman udara automatik zon tunggal, paparan infotainment 6.75-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta kawalan penyaman udara belakang.

Pesaing Nissan Serena S-Hybrid

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 06

Di Malaysia, Nissan Serena C27 secara teknikalnya tidak mempunyai pesaing langsung. Mazda Biante ialah saingan utama Nissan Serena, dijual di sini antara 2013 sehingga 2017 di mana ia sudah digugurkan dari jualan.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 07

Pengedar recond ada menawarkan MPV dalam segmen yang sama, antaranya Honda StepWGN, kembar Toyota Voxy / Noah / Esquire untuk harga yang sama dengan Nissan Serena C27 namun ia tidak hadir dengan jaminan waranti pengeluar, cuma jaminan pengedar.

Baca: Nissan Serena vs Toyota Voxy: MPV manakah yang patut anda beli?

Harga Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 08

Untuk senarai kereta terpakai yang diperakui, layari laman web Carsome untuk memudahkan anda. Harga Nissan Serena C27 terpakai di Carsome berlegar sekitar RM 100k untuk varian Highway Star 2018.

Varian Premium Highway Star keluaran 2019 yang lebih terkini berada dalam julat harga RM 114k.

Masalah biasa Nissan Serena S-Hybrid C27

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 09

Bateri utama S95 dan sub-bateri M42. (Kredit)

Memandangkan Nissan Serena S-Hybrid bukanlah hibrid sebenar, tiada bateri bervoltan tinggi yang perlu dibimbangkan, terutamanya bagi mereka yang ingin menggunakan MPV ini untuk jangka masa panjang.

Sungguhpun begitu, Nissan Serena S-Hybrid masih bergantung kepada dua bateri, bateri utama dan sub-bateri. Kedua-dua bateri ialah bateri jenis Enhanced Flooded Battery (EFB) yang mampu memulihkan cas dengan lebih cepat, serta mengendalikan fungsi melahu mula/henti Serena S-Hybrid dengan lebih baik.

Bateri jenis EFB biasanya lebih mahal daripada bateri asid plumbum tradisional, walaupun lebih murah daripada bateri AGM (Absorbed Glass Mat).

C26 Nissan Serena EFB 
Jenis bateri EFB Voltan / kapasiti Kos (RM)
Utama - S95 12V / 64 Ah  450 - 700
Sub - M42 12V / 27 Ah 250 - 350

Berbanding dengan Serena C26, Nissan telah menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu model lama, misalnya isu kipas radiator. Walau bagaimanapun, beberapa isu masih berterusan walaupun dalam model C27 yang lebih baharu.

Memandangkan Nissan Serena S-Hybrid C27 secara mekanikal masih serupa dengan model C26 terdahulu, tugas baik pulih dan selenggara yang dikenakan pada C26 juga boleh dilakukan pada C27.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 10

Untuk minyak enjin, Nissan mengesyorkan minyak enjin full synthetic 0W-20 untuk prestasi enjin yang optimum. Penggunaan minyak dan/atau kelikatan yang berbeza boleh menyebabkan kerosakan enjin pramatang dan pembentukan karbon.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 11

Memandangkan enjin MR20DD bercirikan bahan api suntikan terus, Noel dari JTech Autoserv mengesyorkan prosedur yang dipanggil walnut blasting untuk mengeluarkan mendapan karbon yang terkumpul dalam injap pengambilan selepas beberapa lama. Kos prosedur ini di bawah RM 500 dan mampu membuang kesemua deposit karbon pada injap, justeru memulihkan kecekapan enjin.

Simptom injap masuk tersumbat meliputi kehilangan kuasa dan penggunaan bahan api yang tinggi daripada biasa.

Perhatikan juga transmisi CVT. Nissan mengesyorkan agar minyak pelincir transmisi CVT ditukar pada setiap sela 80,000 km, tetapi untuk kereta yang lebih tua dan dengan jarak perbatuan yang lebih tinggi, adalah sangat disyorkan untuk menggantikan pada selang 40,000 km yang lebih pendek dan lebih kerap untuk mengelakkan masalah dengan CVT.

Digalakkan untuk membawa Serena C27 kepada pakar dalam hal servis CVT kerana ia memerlukan satu prosedur spesifik untuk memastikan operasi lancar dan antara pakar servis ini adalah JTech Autoserv.

Noel juga mengesyorkan agar pemilik Serena C27 memeriksa pemasangan tali sawat dan takal Eco Motor kerana tali sawat dan takal yang haus boleh menyebabkan kegagalan pramatang pada sistem.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 12

Periksa subframe belakang yang haus, JTech Autoserv menawarkan pakej menggunakan item poliuretana yang dinaik taraf untuk ketahanan yang lebih baik

​Selain itu, terdapat beberapa komponen haus dan lusuh biasa yang perlu diperhatikan oleh bakal pembeli.

Untuk kenderaan dengan jarak perbatuan yang tinggi, perhatikan bunyi ketukan gegaran yang luar biasa dari bahagian bawah badan kereta. Masalah ini biasanya berkaitan dengan getah subframe bush yang haus, dan JTech Autoserv mencadangkan kepada pelanggan adalah untuk menggantikannya dengan poliuretana (PU) yang lebih tahan lama dan bahan dinaik taraf.

Pintu gelangsar kuasa juga mungkin memberi masalah pada kereta kegunaan keluarga dengan tugas berat tetapi ini biasanya disebabkan oleh penggerak yang tersekat dan membaiki masalah ini adalah murah.

Masalah biasa Nissan Serena S-Hybrid C26 dengan kos 
Komponen Simptom Kos
(RM)
Lower arm depan  Gegaran jalam terasa 1,200 (OEM)
Rear subframe mounting Lebih gegaran di belakang 850 (OEM)
Rak stereng Bunyi ketukan 1,500 (Original)
Motor kipas radiator Aircond tak sejuk / overheat 300 (OEM) / 500 (Original)
Sistem ECO motor Haus 650
Pintu gelangsar Release actuator tersangkut 200
Pintu gelangsar Kegagalan modul ECU  > 1,000

Konklusi

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 13

Berbanding dengan Nissan Serena C26 yang lama, model C27 yang lebih baharu adalah pembelian yang jauh lebih baik kerana tambahan beg udara sisi dan tirai, peningkatan ciri keselesaan, dan pintu belakang lipat terbahagi dua yang bijak.

Walaupun ETCM telah melancarkan Nissan Serena C27 facelift pada awal tahun ini, perubahan yang ditawarkan tidak begitu besar – hanya menambah suite Nissan Intelligent Mobility ADAS, paparan infotainment 9-inci yang lebih besar, serta warna badan baharu.

Nissan Serena S-Hybrid C27 terpakai dari RM 100k, naik taraf ideal daripada Alza dan Exora? 14

Walau bagaimanapun, dengan harga bermula dari RM 150k, Nissan Serena baharu berada pada tahap yang jauh lebih mahal, lebih lagi apabila Nissan Serena terpakai dari Carsome yang masih terkini adalah beberapa ribu Ringgit lebih murah.

Tanpa caj tersembunyi (masalah utama jualan kereta terpakai), apa kata semak senarai Nissan Serena C27 melalui pautan ini.

Baca: Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda