window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB

Zamil Syaheer · Oct 19, 2023 01:00 PM

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB 01

Great Wall Motor Sales Malaysia (GWM Malaysia) telah mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PEPS-JV (Melaka, sebuah anak syarikat EP Manufacturing Berhad (EPMB), untuk pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan model-model Haval di Malaysia.

Salah satu komponen utama MoU adalah kerjasama GWM Malaysia dan EPMB untuk mencapai perjanjian muktamad dalam tiga bulan akan datang, dengan EPMB mengendalikan operasi CKD untuk model-model GWM yang dipilih.

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Langkah ini akan menyaksikan model-model terkemuka dari jenama tersebut seperti SUV GWM, trak pikap, dan kenderaan elektrik dipasang di Malaysia. Selain itu, langkah ini juga bertujuan untuk memajukan pemasangan kenderaan CKD, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk membangunkan keupayaan automotif dan menyumbang kepada pertumbuhan industri di Malaysia.

Jika perjanjian ini berjaya, EPMB dijangka untuk memulakan kerjasama tersebut pada tahun 2024. Ini bermaksud pengeluaran kenderaan GWM oleh EPMB akan meningkat secara beransur-ansur setiap tahun dengan matlamat mencapai 20,000 unit menjelang tahun 2028 di kilangnya di Melaka.

Baca juga: Malaysia buka tempahan GWM Cannon - trak pikap buatan China paling lengkap untuk anda?

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB 01

Ora Good Cat.

"GWM Malaysia sangat gembira untuk menyaksikan detik ini bersama EPMB, pembekal automotif Tier-1 yang terkenal di Malaysia. Sebagai projek CKD pertama GWM di Asean, ini akan menjadi salah satu pencapaian penting dalam landskap pengeluaran global GWM," kata Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui.

EPMB telah disenaraikan sejak tahun 1997 dan merupakan pembekal automotif Tier-1 untuk himpunan modular dan komponen lain kepada syarikat-syarikat seperti Proton, Perodua, Honda, Mazda, Toyota, dan Kia.

Baca juga: GWM Haval H6 Hybrid debut awam di Malaysia - SUV 243 PS yang akan tembus pasaran selain Jolion & pikap Cannon

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB 02

GWM Cannon

Dalam sektor EV, EPMB telah bekerjasama dengan pemain automotif utama untuk menghasilkan, memasang, dan mengedarkan EV seperti skuter elektrik Blueshark di Malaysia dan pasaran serantau lain.

GWM kini hadir di semua pasaran automotif Asean utama. Kerjasama ini dijangkakan memainkan peranan penting dalam rancangan GWM Malaysia di rantau ini untuk memperkukuhkan lagi kehadirannya di pasaran dengan rangkaian infrastruktur jualan, selepas jualan, dan perkhidmatan yang komprehensif.

Baca juga: GWM akan mula CKD tahun 2023 - Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Model-model Haval CKD bakal dihasilkan di Malaysia - GWM menandatangani MoU dengan EPMB 03

Skuter Blueshark R1 yang dipasang oleh EPMB

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda