Mercedes-Benz CLA (C117) terpakai - sedan coupe serendah RM 120k, tapi apa kena jaga?
Faisal Β· Jan 8, 2023 04:00 PM
0
0
Mercedes-Benz CLS dianggap sebagai salah satu ikon di persada automotif kerana ia menampilkan reka bentuk coupe pada badan sedan yang konvensional. Ketika itu, harganya cukup βkerasβ. Pada generasi kedua, Mercedes-Benz memperkenalkan versi yang berharga lebih rendah. Maka itu, terciptalah Mercedes-Benz CLA.
Tidak seperti CLS yang berkait rapat dengan E-Class, CLA dibangunkan berdasarkan platform A-Class. Disebabkan itu, ia dianggap sebagai sedan Mercedes pertama yang berpacuan roda depan.
Mengenai rupa paras, CLA memperlihatkan sebuah sedan kompak yang memperagakan reka bentuk coupe. Perkara ini jelas pada pintunya yang tidak mempunyai bingkai cermin serta lekuk badan yang landai. Menariknya, generasi kedua tidak lagi dijual di Malaysia. Yang ada pun hanya versi AMG iaitu CLA 45 S.
Jadi, harapan anda untuk dapat versi biasa adalah dari model recond tetapi harganya masih keras. Maka itu, jalan penyelesaiannya hanyalah generasi yang terdahulu. Lagipun, harganya kini boleh didapati serendah RM 120k. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.
2016 Mercedes-Benz CLA200 AMG Line 1.6
RM 132,900
RM 1,544
/bulan
69,787 km
7 years
Kuala Lumpur
2015 Mercedes-Benz CLA200 1.6
RM 132,800
RM 1,455
/bulan
78,828 km
8 years
Bayan Lepas
2018 Mercedes-Benz CLA200 AMG Line 1.6
RM 159,400
RM 1,834
/bulan
54,953 km
5.5 years
Petaling Jaya
Isu dan permasalahan
Secara umumnya, Mercedes-Benz CLA mempunyai jangka hayat yang baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu. Kami sekali lagi merujuk Encik Nizam dari Merz Auto Garage di Taman Melawati untuk mengetahui isu umum mengenai Mercedes-Benz CLA generasi C117.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik CLA ialah kegagalan pengesan oksigen (O2 sensor) dimana ia menyalakan simbol 'check engine light'. Kos penukaran oxygen sensor ini adalah sekitar RM 650.
Seperti kereta buatan Jerman yang lain, kegagalan pada pengesan kelajuan roda (wheel speed sensor) boleh berlaku dimana ia boleh menganggu sistem kecekapan brek dan kawalan kestabilan kenderaan. Anggaran kos untuk menukar pengesan ini adalah sekitar RM 300 untuk satu roda.
Di samping itu, ramai pengguna menghadapi masalah kegagalan bateri yang kedua iaitu auxiliary battery yang terletak di bahagian tayar ganti. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta buatan Jerman mempunyai 2 bateri untuk menyokong peralatan elektronik. Untuk Mercedes, auto start-stop tidak akan berfungsi sekiranya bateri ini gagal. Kos penukaran bateri ini adalah sekitar RM 320.
Pemilik juga sering melaporkan isu enjin overheat dimana ia berpunca daripada kegagalan pam air (water pump) pada sistem penyejukan. Anggaran kos untuk menggantikan komponen ini adalah sekitar RM 1,600.
Bagaimana pula dengan kos servis?
Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa berharga sekitar RM 400 hingga ke RM 550. Kos untuk melakukan servis gearbox pula berada dalam lingkungan RM 750 hingga ke RM 900. Menariknya, transmisi DCT pada CLA ini sebenarnya antara yang terbaik dari segi jangka hayat. Walaupun menggunakan dwi-klac, tiada sebarang masalah atau isu kehausan yang pernah dilaporkan walaupun terdapat pemilik yang sudah mencapai perbatuan 200,000 km.
Walau bagaimanapun, kos untuk menggantikan set klac yang baru boleh mencecah RM 4,000 apabila tiba masanya.
Mengenai kos servis penyaman udara dan penukaran komponen yang haus seperti brake pad ataupun spark plug, harganya lebih kurang kereta Jepun sahaja.
Model tahun manakah paling baik?
Walaupun keluaran awal boleh dibeli dengan harga serendah RM 120k, kami lebih sarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.
Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Mercedes-Benz CLA facelift yang dikeluarkan dari tahun 2016 agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen.
2016 Mercedes-Benz CLA250 4MATIC 2.0
RM 152,600
RM 1,760
/bulan
69,258 km
4 years
Kuala Lumpur
2014 Mercedes-Benz CLA250 AMG 2.0
RM 134,800
RM 1,565
/bulan
74,926 km
7.5 years
Kuala Lumpur
2015 Mercedes-Benz CLA250 4MATIC 2.0
RM 157,400
RM 1,725
/bulan
81,358 km
7.5 years
Petaling Jaya
Tinjauan pasaran terpakai
Berdasarkan pasaran terkini, Mercedes-Benz CLA 250 AMG Line 4Matic facelift tahun 2016 boleh dibeli dengan harga sekitar RM 160k. Ia dikuasai oleh enjin 2.0L turbo (211 PS, 350 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Varian ini mempunyai segala kelengkapan premium yang anda mahukan. Antaranya seperti lampu dan pengelap cermin automatik, amaran tumpuan pemandu, brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran, bantuan parkir automatik, ambient lighting, pelarasan kerusi elektronik (memori), dan pacuan semua roda 4Matic.
Untuk anda yang tidak memerlukan pacuan semua roda dan kuasa sebegitu, CLA 200 AMG Line tahun 2017 boleh dibeli dengan harga serendah RM 140k. Varian ini dikuasai oleh enjin 1.6L turbo (156 PS, 250 Nm tork).
Menariknya, CLA 180 AMG Line recond tahun 2017 yang berharga sekitar RM 140k juga sesuai untuk anda yang mahukan ciri penyaman udara automatik 2-zon, penyaman udara belakang, keyless entry & butang push-start, pemanas kerusi depan, kawalan pelayaran adaptif, dan amaran titik buta. Namun begitu, perlu dimaklumkan bahawa enjin 1.6L turbo yang didatangkan hanya mempunyai kuasa sebanyak 122 PS dan 200 Nm tork.
2017 Mercedes-Benz CLA180 AMG 1.6
RM 157,000
RM 1,720
/bulan
61,479 km
3.5 years
Petaling Jaya
Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.
Konklusi
Walaupun berada pada generasi terdahulu, Mercedes-Benz CLA terpakai agak berbaloi untuk anda yang impikan sebuah sedan kompak yang seksi tanpa perlu berbelanja tinggi. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih rendah, mungkin inilah masanya untuk anda cuba jenama premium yang cukup dikenali oleh ramai.
Kalau anda nak senang, cari terus di laman Carsome yang mana kereta dijamin dalam keadaan baik dan pembeli akan diberi waranti selama 1 tahun.
Untuk sekarang hingga 21 Januari 2023, WapCarnival akan berlangsung dan anda boleh menuntut hadiah dengan hanya membaca artikel WapCar. Maklumat lanjut di bawah.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.