window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia

Faisal Β· Mar 22, 2021 04:00 PM

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 01

Nampaknya, Isuzu D-Max baharu akan dilancarkan di Malaysia lebih awal daripada saudara kembarnya, Mazda BT-50.

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 02

Kami difahamkan bahawa pengedar Mazda di luar negara memberi laluan kepada rakan sekerjanya Isuzu untuk melancarkan D-Max baharu terlebih dahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 01

Di Australia, pelancaran Mazda BT-50 sengaja dilengahkan selama sebulan. Untuk maklumat anda, perasmiannya di pasaran tersebut beransur sebulan selepas pelancaran Isuzu D-Max.

Disebabkan oleh budaya Jepun yang faham akan satu sama lain, kerjasama diantara kedua-dua jenama ini nampak cukup serasi. Mungkin inilah sebabnya Mazda gugurkan Ford sebagai rakan niaga.

Juga bacaMazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 02

Secara teknikal, Mazda BT-50 baharu dibangunkan bersama Isuzu. Walaupun dengan gaya yang tersendiri, kedua-duanya berkongsi mekanikal yang sama.

Sebelum ini, Mazda BT-50 berkait rapat dengan Ford Ranger. Malah, ia turut dipasang di kilang Auto Alliance yang sama di Rayong, Thailand.

Juga bacaMazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 03

Untuk generasi baru, Isuzu D-Max dan Mazda BT-50 dipasang di kilang Isuzu Motors Co. di Samutprakam. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Isuzu D-Max akan tiba di Malaysia sebagai model import (CBU) dari Thailand atau model yang dipasang tempatan (CKD) di kilang DRB-Hicom yang terletak di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, Bermaz Auto pernah menjelaskan bahawa Mazda BT-50 baharu akan dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2021. Tetapi sehingga ke hari ini, tiada sebarang perkhabaran.

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 04

Sebaliknya, Isuzu D-Max yang akan dilancarkan dahulu. Baru-baru ini, pengedar Isuzu di Malaysia mengesahkan bahawa stok untuk model lama sudah hampir habis.

Begitu juga dengan stok Mazda BT-50. Walau bagaimanapun, trak pikap ini tidak begitu menyumbang kepada angka jualan Bermaz Motor secara keseluruhan.

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 05

Memandangkan D-Max adalah satu-satunya kereta komersial ringan untuk Isuzu Malaysia, kami yakin mereka sudah tidak sabar untuk perkenalkan trak pikap terbaru ini ke pasaran. Kalau tidak, pengedar akan kerugian wang kerana tiada produk utama untuk dijual.

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 06

Apapun, Isuzu D-Max baharu nampak cukup teguh. Ia mempunyai gaya sasa seperti Ford Ranger tetapi dengan reputasi ketahanan Isuzu yang boleh dipercayai.

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 07

Di Thailand, Isuzu D-Max baharu telah mencantas kedudukan Toyota Hilux sebagai trak pikap paling laris di sana. Prestasi jualan sebegini bukan sembarangan memandangkan selama ini, pasaran tersebut sinonim dengan trak pikap ‘Hailak’.

Juga bacaIsuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda