window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000?

Zamil Syaheer · Jan 12, 2021 01:00 PM

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 01

Lexus Malaysia, divisyen UMW Toyota baru sahaja melancarkan Lexus RX 300 Luxury Special Edition. Ini bermakna ada empat varian RX di Malaysia selain Premium, Luxury, dan F Sport.

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 02

Jadi apa yang anda dapat dengan varian baru ini? RX300 ini dilengkapi dengan kit badan yang merangkumi splitter depan, skirting sisi, dan ‘diffuser’ baru di belakang, membuatkannya nampak lebih sporty.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 01

Roda depan berukuran 20 inci kekal sama seperti varian Premium dan Luxury. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan, iaitu Sonic Quartz, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, dan Red Mica Crystal Shine.

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 02

Warna Sonic Titanium.

Beralih ke interior yang penuh dengan kain kulit, RX 300 penuh dengan pelbagai kelengkapan termasuklah sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 03

Interior RX 300 Luxury.

Dari segi keselamatan pula, RX dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) Lexus Safety System+ (LSS+) merangkumi:

  • Forward collision warning (FCW)
  • Adaptive cruise control (ACC)
  • Adaptive high beam system (AHS)
  • Blind spot monitor with rear cross-traffic alert (BSM, RCTA)

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 04

Interior RX 300 Luxury.

Kuasa datang dari enjin 2.0 liter 4 silinder bercas turbo 8AR-FTS yang menghasilkan 238 PS dan 350 Nm. Kesemua kuasa dan tork ini dipacu ke empat roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan, sama seperti varian RX yang lain.

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 05

Lexus RX 300 Luxury Special Edition bermula pada RM 421,909.50 (harga diatas jalan tanpa insurans dengan pengurangan cukai SST sebanyak 50% sehingga 30 Jun 2021). Tempahan akan dibuka pada pertengahan bulan Januari, manakala jualan pada bulan depan. Lexus juga memberikan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

Lexus RX 300 Luxury Special Edition 2021 – kit badan bernilai RM 12,000? 06

Untuk maklumat anda, ini adalah harga untuk barisan Lexus RX di Malaysia:

Harga Lexus RX 300 2021 di Malaysia
Varian Harga
RX 300 Premium RM 385,306.50
RX 300 Luxury  RM 409,785.50
RX 300 Luxury Special Edition RM 421,909.50
RX 300 F Sport RM 424,187.00
Harga diatas jalan tanpa insuran, dengan diskaun SST 50% sehingga 30 Jun 2021

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Lexus RX 350 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda