Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang menteri cedera di bahagian muka apabila SUV Proton X70 yang dipandunya terlanggar sebatang besi dan terbabas di KM 14.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Damansara, Petaling Jaya pada tengah malam Ahad (14 Mac).
Mangsa difahamkan sebagai SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Mangsa yang berusia 47 tahun memandu bersendirian ketika kejadian berlaku. Beliau dikatakan terlanggar sebatang besi yang tersadai di tengah-tengah lebuh raya itu. Besi tersebut lalu melantun ke cermin hadapan sehingga menembusi cermin dan ia terkena muka mangsa. Mangsa patah tulang hidung dan cedera di bahagian pipi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata akibat kejadian itu, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar penghadang kiri jalan. Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara untuk rawatan. Proton X70 yang terlibat pecah cermin hadapannya serta remuk di kedua-dua sisi bampar hadapan.
Baca juga: Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ
Batang besi berkenaan dikatakan mungkin terjatuh dari lori yang melalui kawasan itu. Pemeriksaan mendapati tiada kerja pembinaan dijalankan ketika kejadian ini berlaku.
Saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176.
Siasatan masih diteruskan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber berita: Berita Harian
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });