window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda

Faisal Β· Oct 26, 2023 01:52 PM

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda 01

Kalau disebut tentang van, Toyota Hiace pasti antara model pertama yang akan terlintas di fikiran anda. Dengan undustri kini beralih ke elektrifikasi, Toyota dalam Japan Mobility Show yang sedang berlangsung di Tokyo baru sahaja memperkenalkan konsep van EV yang bernama Toyota Global HiAce BEV.

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda 02

Dicipta oleh subsidiari pakar van, Toyota Auto Body, Global HiAce BEV ini diasaskan oleh HiAce siri global H300 jenis jarak roda panjang yang dijual di luar Jepun tetapi bukan yang ada di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda 01

Pada bahagian eksterior, konsep ini menampilkan penutup roda ala turbin untuk meningkatkan tahap aerodinamik dan lampu LED yang lebih futuristik berbanding HiAce semasa.

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda 02

Masuk ke bahagian dalam, hanya terdapat satu tempat duduk untuk memaksimumkan ruang mengangkut barang. Bercakap mengenai ini, kapasiti kargonya boleh memuatkan sehingga 3.5 meter dalam, 1,715 mm lebar dan 1,270 mm tinggi. Selain itu, terdapat infotainment besar yang berasaskan perisian terkini yang boleh meningkatkan tahap kecekapan logistik, kluster jenis digital dan tombol gear jenis bulat, seperti yang diterapkan pada SUV EV Toyota bZ4X.

Konsep EV Toyota Global HiAce ini adalah masa depan van komersial anda 03

Secara amnya, Toyota tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai trenkuasa pada konsep ini. Apa-apapun, laporan ramai memberitahu bahawa versi produksi nanti mungkin tiba seawal 2025. Dari segi teknikal, ia mungkin menggunakan platform HiAce H300 sekarang atau diasaskan terus oleh platform sendiri, seperti yang diterapkan pada Volkswagen ID. Buzz.

Bagi anda yang belum tahu, van komersial ringan jenis berkuasa elektrik turut mendapat saingan dari jenama seperti Renault, Mercedes-Benz, Volkswagen, Ford dan Maxus.

Juga bacaRakan kongsi doktor yang paling dipercayai - jom lihat Toyota Hiace ambulans Thailand!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Hiace Panel Van 2.5 Turbo Diesel

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia